Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik

Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik
link : Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik

Baca juga


Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik


PEKAN: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) bukan bermotifkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebaliknya langkah itu adalah bukti keprihatinan kerajaan membantu rakyat yang menghadapi kos sara hidup ketika ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman berkata, program seumpama itu dilaksanakan secara berterusan tanpa mengira musim bagi membantu rakyat dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan selepas PRU-14 kerana ia dilaksanakan bukan untuk meraih undi tetapi demi manfaat rakyat khususnya penduduk di luar bandar,” katanya ketika di­temui pada program itu Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar, di sini kelmarin.

Program dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) itu merupakan penganjuran kali ketujuh di daerah ini selepas di perkarangan Gedung Eng Hong Peramu Jaya, Sri Damai, Taman Selasih, Nenasi, Majlis Daerah Pekan dan Merchong.

Dalam pada itu, Zalmah berkata, kira-kira 35,000 penduduk di daerah ini telah mendapat manfaat menerusi pe­nganjuran PJSR bagi membantu penduduk dalam menghadapi kos sara hidup dengan menjual pelbagai barangan pada harga yang murah.

Sehingga kini, menurut beliau, program berkenaan dilaksanakan di tujuh lokasi yang mana purata 5,000 pengunjung di setiap lokasi direkodkan.

“Harga barangan keperluan harian yang murah antara lima hingga 35 peratus menjadi pendorong kepada rakyat khusus­nya di luar bandar menyerbu program ini untuk berbelanja.

“Jualan seperti ini terbukti memberi faedah kepada rakyat dan kita dapat melihat harga barangan yang dijual bukan sahaja murah malah berkualiti,” kata­nya. #sumber


Demikianlah Artikel Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik

Sekianlah artikel Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zalmah: Penganjuran Program Jualan Sentuhan Rakyat Tiada Motif Politik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/zalmah-penganjuran-program-jualan.html

Subscribe to receive free email updates: