PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX

PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX
link : PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX

Baca juga


PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim membidas sikap pembangkang yang langsung tidak bersuara tentang kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara berjumlah RM31.5 billion pada era 1990-an.

Beliau berkata Anggota Parlimen pembangkang sebaliknya sering membangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang tidak melibatkan kehilangan wang rakyat.

“Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibuat dan didapati ada duit rakyat betul-betul telah hilang…tetapi Yang Berhomat (pembangkang) tidak pernah tanya mengenai hal ini, ini duit kita yang benar-benar hilang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

RCI dalam laporannya percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994.

RCI lima anggota yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara tersebut.

Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan RUU itu yang bertujuan meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

RUU itu memasukkan seksyen baharu yang memperuntukkan suatu organisasi komersil melakukan kesalahan, jika mana-mana orang yang bersekutu dengan organisasi berkenaan melakukan rasuah untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan.

Peruntukan baharu itu adalah bagi menggalakkan perniagaan dan aktiviti komersil dijalankan dalam keadaan yang bebas rasuah serta mengambil langkah untuk mencegah rasuah dalam organisasi mereka.

-UMNO-Online


Demikianlah Artikel PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX

Sekianlah artikel PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAKATAN PEMBANGKANG MEMBISU MENGENAI KERUGIAN FOREX dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/pakatan-pembangkang-membisu-mengenai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :