link : Penggodam Dari Iran Ugut Lufya Bayar AS$1,000
Penggodam Dari Iran Ugut Lufya Bayar AS$1,000
Menerusi laporan Kosmo!, pelakon Lufya Omar mendedahkan dia melalui pengalaman menakutkan apabila menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam telefon bimbit dan akaun media sosialnya Mac lalu.
Bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu memberitahu, individu tersebut dipercayai berasal dari luar negara.
“Individu tersebut mengaku berasal dari Iran dan mengugut saya dengan meminta wang berjumlah AS$1,000 (RM3,871) melalui panggilan video jika mahukan kembali maklumat dan akaun Instagram yang digodam.
“Dia turut mengugut sekiranya saya tidak membayar wang yang diminta dia akan membuang kesemua gambar dan pengikut di Instagram,” jelasnya
Kongsi Lufya lagi, perkara itu mungkin terjadi disebabkan tindakannya yang menggunakan perkhidmatan WiFi awam.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini. Sedih juga kerana kesemua gambar yang saya muat naik di Instagram hilang dan jumlah pengikut turut berkurangan,” jelasnya.
The post Penggodam Dari Iran Ugut Lufya Bayar AS$1,000 appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Penggodam Dari Iran Ugut Lufya Bayar AS$1,000
Anda sekarang membaca artikel Penggodam Dari Iran Ugut Lufya Bayar AS$1,000 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/penggodam-dari-iran-ugut-lufya-bayar.html