PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH

PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH
link : PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH

Baca juga


PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH

Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai penyebaran berita palsu dan fitnah berkenaan isteri YAB Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor dalam bentuk audio yang dikongsi secara meluas menerusi aplikasi pesanan WhatsApp.

Dalam rakaman tersebut, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar mengenai perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Datin Sri Rosmah.

Beliau mendakwa perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan hari jadi isteri Perdana Menteri dan kos memasang dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Datin Sri Rosmah di Putrajaya.

Individu tersebut yang mendakwa sumber berita tersebut datang dari seorang rakan beliau yang bertugas di Kementerian Kewangan juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak dijumpai dalam Perbendaharaan Negara.

Pejabat Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar dan tidak berasas yang dibuat oleh individu tersebut. Tindakan individu tersebut hanya bermotifkan politik untuk menghasut rakyat.

Ketika ini gejala penyebaran berita-berita palsu dan fitnah semakin berleluasa di laman media sosial termasuklah aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram, terutamanya menjelang kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Orang ramai dinasihatkan membuat penilaian serta semakan sebelum mempercayai berita-berita palsu serta fitnah yang disebarkan demi tujuan peribadi atau politik golongan yang tidak bertanggungjawab.

Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

PEJABAT PERDANA MENTERI
25 April 2018


Demikianlah Artikel PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH

Sekianlah artikel PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEJABAT PERDANA MENTERI NAFI ‘BERITA PALSU’ BERKENAAN PERBELANJAAN KERAJAAN KE ATAS ROSMAH dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/pejabat-perdana-menteri-nafi-berita.html

Subscribe to receive free email updates: