Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin
link : Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

Baca juga


Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin


JASIN: Faktor Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penceramah utama pakatan pembangkang dilihat gagal menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 200 penduduk hadir pada ceramah pembangkang di Nyalas di sini malam tadi.
 
Sebelum ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kira-kira jam 9.30 malam, penganjur beberapa kali merayu orang ramai melalui pembesar suara supaya memenuhkan kerusi yang disediakan.
 
Malah, kelibat Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga calon Parlimen Hang Tuah Jaya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang sebelum itu disebut-sebut hadir, bagaimanapun tidak muncul.
 
Dalam ucapannya, Muhyiddin tidak membuang masa membuka gelanggang untuk terus menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, lapor BH Online.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga seolah-olah mempunyai dendam peribadi terhadap kepemimpinan Najib apabila cuba menyemai kebencian rakyat, selain cuba menidakkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi dan biasiswa serta bekalan ubat yang didakwa berkurangan di hospital.
 
Dalam banyak janji manisnya, Muhyiddin yang juga calon PKR Parlimen Pagoh dan kerusi DUN Gambir, berjanji pakatan pembangkang akan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14.
 
"Saya ditanya orang ramai, apabila kita bentuk kerajaan nanti adakah BR1M akan diteruskan, jawapan saya teruskan.
 
"BR1M kita berbeza kerana kita akan memastikan ia digantikan melalui program bantuan bersasar, sebab itu, PRU-14 ini orang kata ibu segala pilihan raya untuk kita menumbangkan kerajaan Umno-BN," katanya.


Demikianlah Artikel Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

Sekianlah artikel Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/penganjur-rayu-penuhkan-kerusi-saksi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :