PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan

PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan
link : PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan

Baca juga


PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan

 Bagi menyelamatkan Parlimen Pandan jatuh ke parti lain, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kononnya mengambil risiko bertanding di tempat yang disandang Rafizi Ramli sebelum ini.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Professor Dr Azizuddin Mohd Sani, Wan Azizah akan menggunakan strategi yang sama iaitu sentimen Anwar Ibrahim bagi menarik undi khsususnya golongan Cina.

“Kalau Wan Azizah menang di Pandan sekalipun, orang hanya fikirkan Anwar, bukan kerana kredabiliti Wan Azizah itu sendiri. Secara peribadi Wan Azizah bukan seorang ahli politik, dia hanyalah isteri kepada ahli politik yang merupakan Ketua Umum PKR, Anwar.


Replika patung gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipasang bersama bendera PKR

“Walaupun sentimen di Pandan populasi penduduk adalah Cina, perkara ini tidak mustahil berlaku,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Parlimen tersebut bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara PKR, PAS dan MCA.

Difahamkan seorang lagi calon bebas turut bertanding di Parlimen Pandan iaitu bekas ahli DAP, Jenice Lee.

“Kesukaran untuk Wan Azizah menang itu memang benar, namun ia terserah kepada pengundi Cina yang ta’sub kepada pimpinan parti yang sering mengingatkan bayangan Anwar untuk memenangkan Wan Azizah.

“Jika Wan Azizah kalah, PH akan malu besar” jelasnya lagi.

Begitu juga dengan keadaan di Gombak, Azizuddin berkata saingan sengit turut diperlihat apabila PAS mempertaruhkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Gombak yang juga merupakan seorang jurutera, Ir Khairil Nizam Khairudin yang akan bertanding di parlimen itu.

“Azmin dahulunya menang kerana jentera PAS yang kuat, namun kini PAS telah berpecah dua, namun momentumnya tetap masih kuat kepada PAS berbanding PAN. Cuma orang akan menilai Azmin kerana beliau Menteri Besar Selangor.

“Namun kita juga tidak lupa pada saingan yang diberi oleh PAS, dimana Khairil juga orang kuat di situ, orang lama, dan jentera PAS 100 peratus menyokong beliau kali ini dan bukan kepada PKR lagi,” ujarnya.


Demikianlah Artikel PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan

Sekianlah artikel PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH akan malu besar jika Wan Azizah kalah di Pandan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/ph-akan-malu-besar-jika-wan-azizah.html

Subscribe to receive free email updates: