Rody Kristal, Niena Azman bersatu

Rody Kristal, Niena Azman bersatu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rody Kristal, Niena Azman bersatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rody Kristal, Niena Azman bersatu
link : Rody Kristal, Niena Azman bersatu

Baca juga


Rody Kristal, Niena Azman bersatu

GITARIS kumpulan Kristal, Rody akhirnya selamat bergelar suami kepada penjaga  gol futsal kebangsaan, Niena Azman atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman, 31 tahun.

Pasangan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada  malam tadi.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Niena, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor.

Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Niena menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

               
Sementara itu, pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis kenduri di Dewan Raya Kulai, Johor pada tengah hari tadi.

Rody menerusi Instagram miliknya menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya dan berjanji akan menjaga dan membimbing isterinya dengan baik.

“Alhamdulillah… hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami @niena_azmann.

“Buat isteri yang tercinta, Insya-ALLAH I akan jaga dan bimbing sayang,” tulisnya.

Sebelum ini,Niena memberitahu dia terbuka hati menerima Rody kerana gitaris itu bukan seorang lelaki yang suka ‘mengayat’.

Katanya, Rody adalah lelaki pertama yang benar-benar berani untuk melamarnya berbanding lelaki lain yang hanya manis mulut.

Rody sebelum ini melamar Niena menerusi Instagram dan mencabar Nur Izwani mengulang siar (repost) status mesejnya itu jika dia sudi menjadi isterinya dan cabaran itu akhirnya disambut oleh Niena.

The post Rody Kristal, Niena Azman bersatu appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rody Kristal, Niena Azman bersatu

Sekianlah artikel Rody Kristal, Niena Azman bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rody Kristal, Niena Azman bersatu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/rody-kristal-niena-azman-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :