link : Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan
Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan
PELAKON Sariyanti telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi Instagram (IG) Sinar FM, yang kemudiannya diikuti pengesahan daripada Jep sendiri yang telah memuat naik gambarnya bersama isteri dan cahaya mata sulungnya di IG.
“Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Tq sayang @sariyanti. #BabyGirl #AnakAbah #Abah,” tulis Jep pada kapsyen gambar tersebut.
Pasangan ini dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut mereka di laman sosial, termasuk rakan-rakan artis yang turut berkongsi kegembiraan tersebut.
Jep dan Sariyanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Sariyanti mempunyai dua anak lelaki, Barr Al Aly, 8, dan Basit Al-Ha, 6.
The post Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan
Anda sekarang membaca artikel Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/sariyanti-jep-selamat-timang-anak.html