TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD

TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD
link : TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD

Baca juga


TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD

ALOR SETAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad tidak gentar berhadapan dengan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu yakin rakyat Langkawi akan membuat pilihan bijak dengan memilih anak watan yang benar-benar bekerja demi menyelesaikan masalah mereka dan tidak terpengaruh dengan sentimen nostalgia semata-mata.

“Dalam kes wakil rakyat kita perlu pilih orang yang boleh kerja siang malam bukan nak pilih seorang wakil rakyat yang hanya datang untuk bertanding dan kemudian dia berada di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas Majlis Pengumuman Calon BN Kedah di Seri Mentaloon di sini, hari ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Nawawi dipilih mempertahankan kerusi Parlimen itu bersama-sama Datuk Mohd Rawi Abd Hamid dan Nor Saidi Nanyan yang juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing iaitu Ayer Hangat dan Kuah.

Sehubunan itu, beliau berharap pengundi Langkawi memberi undi kepada calon yang boleh membawa lebih banyak pembangunan untuk penduduk Langkawi dan masa depan negara.

Ditanya tentang kemungkinan penduduk Langkawi akan terpengaruh dengan isu kontroversi yang dibawakan Dr Mahathir, Nawawi berkata kebanyakan isu berkenaan sudah basi dan hanya diceritakan berulang kali.

Dalam pada itu, katanya walaupun beliau yakin dengan kekuatan BN di pulau peranginan itu, namun tidak memandang remeh pihak lawan.

Pada 15 April lalu, Pengerusi PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon pakatan pembangkang di Parlimen Langkawi yang mempunyai 42,697 pengundi berdaftar. – BERNAMA


Demikianlah Artikel TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD

Sekianlah artikel TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIDAK GENTAR BERHADAPAN DENGAN BEKAS PM – NAWAWI AHMAD dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/04/tidak-gentar-berhadapan-dengan-bekas-pm.html

Subscribe to receive free email updates: