AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA
link : AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

Baca juga


AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

TANJUNG MALIM: Perselisihan faham akibat perebutan kuasa dan jawatan sehingga tidak lagi terkawal membuatkan lebih 80 ahli Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tanjung Malim bertindak keluar parti.

Ahli parti itu dan penyokong parti berbuat demikian selepas muak dengan situasi itu dan sebulat suara menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ahli PPBM Tanjung Malim, Behrang Stesen, Behrang 2020, Slim Village dan Behrang Hulu termasuk beberapa ahli PKR.

Bekas Pengasas PPBM Tanjung Malim, Hazvee Hafiz, 47, berkata, wujud pergerakan lain yang menidakkan kepemimpinan di bahagian itu selain tidak memandang dan menghargai langsung usaha mereka.

“Bila nampak pergerakan lain muncul untuk menidakkan kami di Perak maka kami keluar. Orang tak suka kami keluarlah.

“Tidak ada apa yang kami mahu tunggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas program Penyokong Pakatan Harapan (PH) Kini Menyokong BN di sini, hari ini.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Tanjung Malim, Datuk Dr Mah Hang Soon dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim.

Hazvee berkata, beliau melihat PPBM tidak mempunyai matlamat membela rakyat seperti dilaungkan selama ini.

Menurutnya, pemimpin parti itu kebanyakannya hanya bermatlamat menegakkan kepentingan individu tertentu.

“Perkara ini berlaku sejak awal penubuhan PPBM di Perak yang menyaksikan berlaku perebutan untuk jadi ketua.

“Jadi saya berpendirian tidak mahu bersekongkol dengan mereka dan jejak saya disusuli penyokong hari ini,” katanya yang keluar PPBM sejak awal Ogos tahun lalu.

Katanya, selain bahagian Tanjung Malim, ada ahli di lebih 12 bahagian PPBM di negeri itu juga sudah menyertai BN.

Menurut Hazvee, beliau percaya dengan kepemimpinan BN di bawah Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dan struktur organisasi yang kuat serta bermatlamat jelas.

Menurutnya, BN tidak pernah mencari kesilapan pentadbiran parti lain sebaliknya fokus terhadap perjuangan asalnya selain mendapat sokongan padu parti komponan.

Beliau berkata, pada masa sama, BN tidak menyisihkan bangsa lain malah menjaga keharmonian pelbagai kaum di negara ini.


Demikianlah Artikel AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

Sekianlah artikel AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/ahli-ppbm-keluar-parti-muak-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :