Sultan S’gor Rasmi Penamaan Semula Masjid Jamek KL
KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan merasmikan penamaan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Keberangkatan tiba baginda di masjid tertua di ibu negara itu kira-kira 12.45 tengah hari, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tengku Adnan dalam kenyataan berkata penamaan semula masjid yang dibina pada tahun 1909 dan merupakan satu daripada bangunan ikonik di ibu negara itu adalah atas hasrat Sultan Selangor sendiri memandangkan lokasi asal masjid ini adalah di dalam negeri Selangor.
Katanya, langkah ini juga adalah suatu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang merupakan satu daripada ikon pelancongan negara. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Sultan S’gor Rasmi Penamaan Semula Masjid Jamek KL
Sekianlah artikel Sultan S’gor Rasmi Penamaan Semula Masjid Jamek KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultan S’gor Rasmi Penamaan Semula Masjid Jamek KL dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/06/sultan-sgor-rasmi-penamaan-semula.html
Oki buka butik OSD di Bangi
Bagi mereka yang menyaksikan program Gema Gegar Vaganza (GGV), tentu dapat melihat komen spontan oleh pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi …Read More...
Redza tak tolak Ayda
Ramadan ini dua drama gah bersaing ‘merebut’ perhatian umum iaitu Ku Kirim Cinta yang mengisi slot Akasia TV3, dan Hero Seorang Cinderella…Read More...