link : Bintang The Hills Dipukul Isteri Tanpa Sebab
Bintang The Hills Dipukul Isteri Tanpa Sebab
Pemain bola lisut yang juga cukup popular menerusi program realiti The Hills, Doug Reinhardt terkejut apabila dipukul isterinya, Natilie Sutton di kediamannya, di Paradise Valley, pada Sabtu lalu.
Lapor TMZ, ketika kejadian, Doug yang sedang dalam proses pulih daripada pembedahan lutut sedang berehat di bangku.
Secara tiba-tiba Natalie datang menyerangnya dengan memukul dengan menggunakan sebatang kayu pemukul diperbuat daripada besi. Wanita itu menghayun batang besi berkenaan ke arah Doug tanpa sebab.
Natile dikatakan bukan saja memukul lutut Doug malah mensasarkan pemukul itu ke arah kepala bekas suaminya itu. Akibatnya, Doug mengalami kecederaan dan dia terus menghubungi pihak polis, selepas serangan tersebut.
Pihak berkuasa segera bertindak dan menahan Natalie sejurus tiba di lokasi kejadian.
Selepas didakwa atas kesalahan serangan jenayah, Natalie bagaimanapun dibebaskan pada hari itu, tetapi telah diperintahkan oleh pihak berkuasa untuk tidak boleh mendekati Doug.
Walau bagaimanapun, Doug telah memfailkan perceraian terhadap Natalie pada 30 April.
Pasangan itu berkahwin pada Oktober tahun lepas justeru berita mengenai serangan itu cukup mengejutkan ramai pihak.
Sebelum bersama Natalie, Doug pernah dikaitkan dengan Paris Hilton, Amanda Bynes, dan terlibat dengan Allie Lutz, seperti mana yang pernah ditayangkan di The Hills, pada tahun 2013.
Doug juga pernah muncul menerusi rancangan Paris Hilton’s My New BFF in 2009 pada tahun 2009.
Selain kehidupannya yang terkenal di Laguna Beach, Doug terkenal kerana bermain bola lisut untuk pasukan Los Angeles Angels of Anaheim dan Orioles Baltimore.
The post Bintang The Hills Dipukul Isteri Tanpa Sebab appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Bintang The Hills Dipukul Isteri Tanpa Sebab
Anda sekarang membaca artikel Bintang The Hills Dipukul Isteri Tanpa Sebab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/bintang-hills-dipukul-isteri-tanpa-sebab.html