link : Datang Kali Ke-3, EXO Bakal Gegar Arena Axiata 7 Julai 2018
Datang Kali Ke-3, EXO Bakal Gegar Arena Axiata 7 Julai 2018
Seperti yang dinanti-nantikan ramai peminat, kumpulan sensasi KPop, EXO, sah bakal kembali ke Kuala Lumpur menerusi konsert EXO Planet#4 – the ElyXiOn – Kuala Lumpur pada 7 Julai depan.
Konsert kali ketiga kumpulan yang cukup popular dengan lagu Monster itu akan berlangsung di stadium rock Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula jam 5 petang.
Konsert jelajah EXO Planet #4- the ElyXiOn telah bermula sejak 24 November tahun lalu dimulai di Seoul kemudian mereka Jepun, Taipei, Singapura, Bangkok dan Manila.
EXO dianggotai sembilan anak muda berbakat iaitu Xiumin (28), Suho (27), Lay (27), Baekhyun (26), Chen (26), Chanyeol (26), D.O. (25), Kai (23) dan Sehun (23).
Kumpulan naungan pengurusan dan agensi S.M Entertainment ini pernah disenarai sebagai salah satu daripada lima Selebriti Korea Paling berpengaruh pilihan Forbes Korea dari 2014 hingga 2018.
Ini merupakan konsert kali ketiga mereka berkunjung dan mengadakan konsert solo di Kuala Lumpur.
Terdahulu, EXO berjaya menghiburkan lebih 15,000 orang menerusi konsert yang diberi nama EXO Planet #2 The EXOLuXion World Tour in Malaysia’, yang berlangsung di Stadium Merdeka, pada 14 Mac 2016. Kemudian mereka kembali dengan konsert ‘EXO PLANET #3 The EXO’rDIUM’ pada 18 Mac 2017, bertempat di Stadium Merdeka.
Berikut harga tiket-tiket:
Rock zone @ Cat 1 – RM748
Cat 2 -RM688
Cat 3 – RM588
Cat 4 – RM468
Cat 5 – RM348
Cat 6 – RM228
(* tertakluk kepada RM3 yuran tiket).
Pelan Tempat Duduk dan maklumat lanjut tentang jualan tiket akan diumumkan oleh penganjur Star Planet.
The post Datang Kali Ke-3, EXO Bakal Gegar Arena Axiata 7 Julai 2018 appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Datang Kali Ke-3, EXO Bakal Gegar Arena Axiata 7 Julai 2018
Anda sekarang membaca artikel Datang Kali Ke-3, EXO Bakal Gegar Arena Axiata 7 Julai 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/datang-kali-ke-3-exo-bakal-gegar-arena.html