PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai

PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai
link : PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai

Baca juga


PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai


KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira 15 minit dalam lawatan kerja ringkasnya ke Kuala Lipis bagi meninjau tapak pembangunan projek Rumah Bina Negara (RBN) Warga Peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di Tanjung Gahai di sini sebentar tadi. 

Najib tiba di tapak pembangunan RBN itu kira-kira pukul 4.15 petang sebelum mendengar taklimat mengenai projek perumahan untuk anak-anak dan belia Felcra itu yang menelan kos kira-kira RM6.1 juta.


Perdana Menteri kemudiannya minum petang bersama kira-kira 500 penduduk setempat yang hadir dan melakukan tinjauan ke tapak projek sebelum berangkat pulang.

Pengurus Besar Hal Ehwal Peserta Felcra, Mohd. Fauzi Mohd. Tahir berkata, projek pembangunan 50 unit rumah itu merupakan projek kedua pihaknya di negeri Pahang dan kesepuluh daripada 18 projek keseluruhan RBN Felcra di seluruh negara. 

"Projek RBN Warga Peserta Felcra ini merupakan rumah mampu milik yang kondusif dan dibina khusus kepada anak-anak dan belia Felcra yang berumur 18 hingga 45 tahun. 

"Ia memberi satu peluang baik kepada anak-anak dan belia Felcra untuk memiliki rumah pertama mereka dan akan dijual pada harga antara RM65,000 hingga RM75,000 seunit apabila siap sepenuhnya pada tahun 2020 kelak," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Lawatan Ringkas Perdana Menteri ke Tapak RBN di Tanjung Gahai di sini hari ini. 

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Menurut Mohd. Fauzi, projek yang dijalankan anak syarikat Felcra iaitu Felcra Properties Sdn. Bhd. itu melibatkan kira-kira 1,971 unit di 18 lokasi di seluruh negara. 

"RBN di Tanjung Gahai ini akan memulakan pembinaannya pada Oktober depan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai

Sekianlah artikel PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Tinjau Pembangunan Rumah Bina Negara 'FELCRA' Di Tanjung Gahai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/pm-tinjau-pembangunan-rumah-bina-negara.html

Subscribe to receive free email updates: