Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR

Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR
link : Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR

Baca juga


Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi menolak saman pemula yang dikemukakan penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung deklarasi layak menjadi calon kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili responden iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya iaitu Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR sebagai responden pertama dan kedua.


Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 55, selaku pemohon memfailkan saman itu melalui Tetuan Ngeow & Tan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya iaitu Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam writ saman itu, Tian Chua memohon deklarasi bahawa dia layak bertanding dan diterima sebagai calon kerusi Parlimen Batu pada PRU-14 mengikut artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana, pada PRU-13 lalu, dokumen-dokumen penamaan calon pihak pemohon diterima dan dibenarkan bertanding walaupun dia dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan mencederakan seorang anggota polis pada tahun 2007.

Pemohon mendakwa selepas diberi mandat sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya ke-13 itu, tugasan dilakukan seperti biasa dan dalam tempoh itu Speaker Dewan Rakyat juga tidak membangkitkan isu atau menafikan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Kelmarin mahkamah sama telah mendengar permohonan hujah kedua-dua belah pihak dalam prosiding pendengaran kes saman itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh yang mewakili responden berkata, kuasa untuk memutuskan pertikaian berkenaan adalah di bawah bidang kuasa hakim petisyen pilihan raya. #sumber


Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR

Sekianlah artikel Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi "Tolak" Saman Pemula Tian Chua Terhadap SPR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/mahkamah-tinggi-tolak-saman-pemula-tian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :