Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan

Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan
link : Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan

Baca juga


Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan

VOKALIS kumpulan Spider, Tam mengakui berasa kekok untuk memegang bayi perempuan pertamanya yang lahir pada 26 April lalu.

Tam atau nama sebenarnya Rustam Mustafa, 45, berkata dia yang mengurus dan menjaga anak keempatnya itu kerana isterinya, Aida Mustafa berpantang.

“Tiga orang anak saya lelaki dan yang keempat ini pula dapat bayi perempuan. Memang ada rasa kekok nak pegang sebab tak biasa.

“Kalau perempuan ini kena pegang lembut sahaja. Sepanjang isteri jalani proses berpantang, saya yang akan uruskan semuanya.

“Termasuklah memasak makanan yang bersesuaian untuk isteri. Untuk proses itu, saya mengikut cara tradisional selama 44 hari,” kata Tam.

Menurut Tam, isterinya yang teringin untuk mempunyai seorang anak perempuan dan bersyukur akhirnya doa mereka dimakbulkan.

Kata Tam, dia dan isteri ada merancang untuk memberi nama anak mereka, Aminah namun belum ditetapkan lagi.

“Saya tak kisah anak ketiga ini lelaki atau perempuan. Janji bayi kami sihat dan sempurna. Tapi isteri memang nak sangat anak perempuan.

“Ye laa, selama ini dia jaga anak lelaki sahaja di rumah. Mestilah nak ada kawan (anak perempuan) juga. Dia memang berdoa dan alhamdulillah Allah makbulkan.

“Buat masa sekarang, kami panggil dia dengan nama Aminah. Memang rancang nak beri nama itu saja tapi belum ada kepastian lagi,” ujarnya.

Tam dan Aida, 36, berkahwin pada 8 November 2009 dan dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Afiq, 8, dan Muhammad Aqil, 5.

Menerusi perkahwinan pertama Tam pula, dia kurniakan anak lelaki, Muhd Aliff yang kini berusia 24 tahun.

The post Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan

Sekianlah artikel Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tam (Spider) kekok pegang anak perempuan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/tam-spider-kekok-pegang-anak-perempuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :