Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu

Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu
link : Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu

Baca juga


Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu


KUALA LUMPUR: PKR akan menyokong calon bebas, Prabakaran Parameswaran untuk mengelakkan kerusi Parlimen Batu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), kata penyandangnya, Tian Chua.

“Saya akan menemani beliau memperkenalkan diri kepada pengundi di kawasan itu,” katanya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman untuk menentukan sama ada beliau layak bertanding pada 9 Mei ini.

Beliau berkata, pucuk pimpinan parti sudah memberi kelulusan kepadanya berbuat demikian dan Prabakaran juga bersetuju dengan manifesto pembangkang.

Suruhanjaya Pilihan Raya memberikan simbol kunci kepada Prabakaran, penuntut undang-undang berusia 22 tahun.

Tian Chua berkata, PKR akan menyediakan bahan kempen yang diperlukan untuk memastikan pengundi menyokong Prabakaran.

“Satu perhimpunan besar-besaran membabitkan pemimpin Pakatan Harapan akan diadakan dalam tempoh 5 hari ini,” kata naib presiden PKR itu.

Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain menolak borang pencalonan Tian Chua dengan alasan beliau didenda RM2,000 oleh mahkamah atas kesalahan jenayah.

Pada 9 Mac 2017, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan denda RM3,000 ke atas Tian Chua selepas didapati bersalah mengeluarkan perkataan kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis di luar lobi sebuah hotel pada 2014.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac lalu mengurangkan denda itu kepada RM2,000 selepas menolak 2 rayuan silang pihak pendakwaan ke atas Tian Chua.

Tian Chua yang memenangi kerusi Parlimen Batu sejak 2008, memfailkan saman pemula pada Isnin lalu untuk mahkamah menentukan statusnya untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Prabakaran kini berdepan saingan seorang lagi calon bebas, Panjamorthy Muthusami, selain calon BN dan PAS. #sumber


Demikianlah Artikel Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu

Sekianlah artikel Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tian Chua: Pakatan Harapan (PH) Sokong Prabakaran Pertahankan Batu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/tian-chua-pakatan-harapan-ph-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :