link : PRU14: Isu Bukan Anak Tempatan, Tidak Halang Calon Terus Kempen
PRU14: Isu Bukan Anak Tempatan, Tidak Halang Calon Terus Kempen
ROMPIN: Kebiasaannya pemimpin-pemimpin politik yang bertanding pilihan raya akan memilih tempat sendiri dengan faktor kekuatan anak tempatan dan sudah tentu keyakinan tinggi kerana sudah dikenali.
Ada juga yang memilih tempat asal mereka dengan agenda mahu berkhidmat atau membangunkan kawasannya sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
Berbeza pula bagi yang diamanahkan pimpinan parti untuk bertanding di kawasan bukan tempatnya aktif berpolitik, malah jauh sekali kampung halaman.
Pada PRU14, P091 Parlimen Rompin menyaksikan dua calon import masing-masing dari Pas dan PKR dalam pertembungan tiga penjuru bersama BN yang diwakili anak tempatan.
Berasal dari Pekan, calon PKR, Sitarunisah Ab Kadir, mengakui ketika diberitahu bakal bertanding di Parlimen Rompin beliau menjangkakan tugas berat menantinya.
Hasil laporan PRU13, beliau sedar bahawa daerah ini merupakan kawasan hitam seperti Pekan iaitu kawasan kubu kuat BN.
“Apabila saya mengambil keputusan bersetuju bertanding di parlimen ini, saya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal serta cuba menyiapkan segala maklumat sebelum masuk berkempen.
“Pola masyarakat tak sama, kampung tradisi lain, Felda lain, jadi saya minta bantuan daripada ahli PKR, NGO dan sebagainya. Saya turut jumpa sendiri dengan masyarakat untuk tahu apa yang berlaku kerana info dari mereka amat penting,” kata Timbalan Ketua Wanita PKR Pahang itu.
Beliau yang berasal dari Felda Chini, Pekan, memilih memberi tumpuan kepada pengundi Melayu dan menggempur kawasan Felda seperti di Keratong dan Selancar yang mencatatkan jumlah pengundi paling ramai.
Penduduk Rompin berfikiran lebih terbuka
“Saya mula masuk di dua kawasan ini dan bila turun ke bawah rupanya mereka lebih terbuka berbanding orang di Pekan.
“Mereka mengikuti perkembangan politik semasa dan ini memang saya tak jangka kerana mereka lebih terkedepan,” katanya.
Mengakui status calon import itu mungkin ada sedikit masalah di kampung tradisi, namun bagi masyarakat Felda tiada masalah.
Bagaimanapun, beliau tidak rasa seperti calon import kerana berasal dari daerah berjiran dengan Rompin dan sebagai pimpinan tertinggi wanita PKR Pahang, sudah biasa bergerak ke seluruh negeri.
“Di Felda tak timbul isu, begitu juga bagi perkampungan Orang Asal kerana sebelum ini saya dah pernah masuk dan mereka kenal saya.
“Penduduk kampung tradisi ada persoal namun isu luar ini hanya provokasi pihak tertentu, majoriti masyarakat tak timbulkan isu pun,” katanya.
Beliau juga meletakkan keyakinan penuh dan menaruh keyakinan tinggi untuk menang hasil laporan statistik sokongan yang melonjak.
“Memang ada harapan dan Parlimen Rompin sekarang bukan lagi kerusi mustahil, sebagai contoh di Dun Tioman gelombang sangat besar pada hal ia adalah kawasan hitam namun sudah berubah.
“Mereka mahukan perubahan dan ini kita lihat dari segi sokongan kepada Harapan secara terang-terangan. Penduduk Pulau Tioman juga sama mungkin kerana sedar akan masalah di sana dan mahukan lebih lagi demi memajukan pulau peranginan itu,” katanya.
Anggap pertukaran kawasan ada hikmah
Sementara itu, turut berjuang sebagai calon import mewakili Pas di kerusi P091 Parlimen Rompin, M Shahrul Nizam Abdul Haliff mengakui peringkat awal terkejut kerana beliau asalnya bertanding di Dun Luit, Maran pada PRU13.
Anak peneroka Felda Bukit Tajau itu bagaimana pun taat dengan keputusan itu dan menganggap ia ada hikmah.
“Sebenarnya saya tak rasa asing pun ketika berada di Rompin kerana hubungan yang wujud sangat baik, jumpa saudara mara dan kenalan pun ramai,” katanya yang yakin Islam mengajar apabila sesuatu itu tidak diminta maka ALLAH akan membantu.
Katanya, banyak kali pilihan raya termasuk PRK pada 2015, isunya sekarang kerajaan tiada membawa suatu yang besar buat masyarakat di daerah ini.
“Jika ikutkan saya tak setuju digelar calon import kerana yang penting adalah khidmat, bukan soal orang asal atau tempatan.
“Bagi parlimen isu ini tak timbul, BN Rompin juga pernah mengetengahkan calon bukan berasal dari Rompin. Bagi kami gerakan Islam ini Allah akan bantu, insya-ALLAH pas akan dapat tawan Rompin,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel PRU14: Isu Bukan Anak Tempatan, Tidak Halang Calon Terus Kempen
Sekianlah artikel PRU14: Isu Bukan Anak Tempatan, Tidak Halang Calon Terus Kempen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Isu Bukan Anak Tempatan, Tidak Halang Calon Terus Kempen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/05/pru14-isu-bukan-anak-tempatan-tidak.html