Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan

Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan
link : Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan

Baca juga


Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan

KLUANG - Kementerian Pendidikan (KPM) mungkin akan menaikkan elaun kos sara hidup bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang semakin meruncing di bandar utama.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, masalah itu berlaku di bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang dan Shah Alam berikutan ramai daripada mereka yang dalam perkhidmatan, memilih kembali ke negeri asal untuk bertugas.

"Kementerian sedang meneliti bagaimanakah penyelesaian terbaik agar guru ini tidak meninggalkan tempat.

"Mungkin ada beberapa inisiatif akan diusahakan termasuk menaikkan elaun kos sara hidup atau meramaikan lagi anak tempatan menjadi guru, tetapi semuanya dalam peringkat kajian,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikianketika ditanya sama ada Johor dan negeri lain mengalami masalah kekurangan guru ketika ini selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Siap Kerja bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam di sini, semalam.

Kata beliau, kecenderungan mereka untuk bertugas di kampung halaman disebabkan kos sara hidup yang tinggi di bandar besar.
Sehubungan itu, Maszlee merayu agar guru tidak meninggalkan tempat mengajar mereka.

Mengenai sekolah daif, Maszlee berkata, pihaknya akan menggandakan usaha untuk memastikan sekolah yang diberikan projek untuk dibina baharu dan dinaik taraf agar segera disiapkan.

Berdasarkan statistik kementerianpada 2017, terdapat 120 sekolah daif dikenal pasti di seluruh negara dengan 60 daripadanya di Semenanjung Malaysia dan masingmasing 30 buah di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun dengan peruntukan disediakan kerajaan pada 2018, lebih daripada 20 buah sekolah itu siap dibina baharu atau dibaik pulih melalui fasa pertama projek.

BERNAMA

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elaun Sara Hidup guru mungkin akan dinaikkan - Menteri Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/elaun-sara-hidup-guru-mungkin-akan.html

Subscribe to receive free email updates: