Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah
link : Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Baca juga


Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Ihsan pembaca myMetro
GURU wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima pusat beli-belah di Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah berkenaan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di lokasi kejadian dan terdapat saksi yang melihat wanita terbabit terjun daripada tingkat lima bangunan berkenaan.
"Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan pusat beli-belah terbabit mendakwa melihat wanita berkenaan di tingkat lima bangunan terbabit dan menegurnya supaya tidak berlegar dikawasan itu, tetapi mangsa kemudian terus terjun.

"Suami mangsa turut hadir ditempat kejadian dan mengesahkan mendiang mengajar di sekolah di Pasir Puteh, serta pernah mengalami kemurungan.

"Difahamkan mangsa yang mempunyai dua anak dan menetap di Pengkalan Tiara, di sini baru minggu lalu mendapat rawatan di hospital dan pada hari ini, selepas tamat sekolah menghantar anak ke kelas tambahan sebelum ke pusat beli-belah berkenaan," katanya.

Mohd Ali berkata, suami mangsa juga tidak menyalahkan mana-mana pihak dan percaya mangsa mengalami tekanan teruk serta tidak dapat menerima beban kerja yang banyak selepas mengalami kemurungan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang akan diadakan esok," katanya.

Sumber: myMetro
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah

Sekianlah artikel Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru kemurungan jatuh tingkat lima pusat beli belah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/guru-kemurungan-jatuh-tingkat-lima.html

Subscribe to receive free email updates: