UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan

UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan
link : UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan

Baca juga


UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan

ARAU 15 Julai - Semua pihak diminta supaya tidak menjadikan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai polemik memandangkan perkara tersebut sebenarnya masih diperingkat kajian.

Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan berkata, di dalam manisfesto Pakatan Harapan janji untuk mengiktiraf UEC bukan dalam keadaan tergesa-gesa sebaliknya dalam tempoh lima tahun selepas melalui beberapa syarat, proses dan kajian mendalam.

Katanya, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek sebelum ini telah membuat kenyatan yang tepat iaitu kaji selidik yang holistik perlu dijalankan sebelum kerajaan mengiktiraf UEC.

"Saya lihat bantahan terhadap UEC ini adalah lebih bersifat politik dan sengaja mewujudkan api perkauman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Malah, janji untuk mengiktiraf UEC ini juga terkandung di dalam manifesto BN dan seharusnya ia tidak dijadikan isu," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis kesyukuran dan ramah mesra PPBM Perlis di sini hari ini.

Isu UEC mendapat perhatian ramai selepas beberapa pihak mendesak Teo Nie Ching supaya memastikan kerajaan segera mengiktiraf sijil berkenaan yang menjadi salah satu perkara dalam manifesto Pakatan Harapan sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan awal bulan ini.

Pengiktirafan sijil itu juga mendapat ‘restu’ Dr. Maszlee yang menegaskan pihaknya tidak akan membuat pusingan-U berkenaan janji tersebut sehingga mendapat kritikan banyak pihak, termasuk tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang menyelar keputusan terburu-buru tersebut.

Tambah Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau tidak melihat mana-mana dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan yang membuat kenyataan bahawa UEC perlu segera diiktiraf.

"UEC bukan perkara yang kita tergesa-gesa untuk buat tetapi mereka yang tergesa-gesa timbulkan. Pengiktiran UEC adalah janji kita dalam tempoh lima tahun dan saya percaya dalam tempoh itu akan selesai.

"Saya nasihatkan mereka yang istiqamah dalam isu UEC ini baca manifesto kita yang ada janji 100 hari dan janji lima tahun," katanya.

Sumber- UTUSAN ONLINE
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UEC masih diperingkat kajian, bukan tergesa-gesa dilaksanakan - Penasihat Menteri Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/uec-masih-diperingkat-kajian-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: