UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto

UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto
link : UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto

Baca juga


UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto

PETALING JAYA: Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak termasuk dalam 100 hari janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Jawatankuasa Manifesto, Datuk Dr Rais Hussin.

Rais berkata janji mengiktiraf sijil lepasan sekolah menengah Cina persendirian itu sebenarnya termasuk dalam fasa ke-2 manifesto yang merangkumi 60 janji tetapi akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.

“Fasa pertama melibatkan 10 janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, manakala fasa kedua terdapat 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun,” katanya.

Beliau menjawab kritikan terhadap kerajaan berhubung rancangan mengiktiraf sijil kontroversi itu, yang membolehkan ia digunakan untuk memasuki pusat pengajian tinggi awam.

Rais berkata mengiktiraf UEC perlu melalui proses tertentu dan memakan masa. Sebarang keputusan mengenai UEC hanya akan dibuat selepas kajian menyeluruh dibuat kerana ia melibatkan sektor pendidikan.


“Ia bukan mudah macam kita nak goreng telur, cakap dan terus laksana. Dia ada peringkat demi peringkat,” katanya.
Sementara itu, Rais menyambut baik pandangan Tan Sri Rais Yatim yang menyeru kerajaan jangan terburu-buru mengiktiraf UEC. Terdahulu, ahli politik veteran itu menggesa kerajaan membentangkan intisari sukatan pelajaran UEC bagi melihat sebarang percanggahan dengan Akta Pendidikan.

Rais berkata Menteri Pendidikan Maszlee Malik sudah menjelaskan sebarang keputusan mengenai UEC mesti dibuat secara “holistik” agar tidak menggadaikan kedudukan bahasa Melayu.

“Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam,” katanya, dan menambah ini termasuk syarat mencapai tahap “Kepujian” dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

UEC adalah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara, sejak 1975, dengan sukatan pelajaran dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina tidak mahu menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Rais sempat membidas pengkritik kerajaan sebagai “terburu-buru” dan meminta para penyokong dan penentang langkah mengiktiraf UEC supaya membaca manifesto PH.

“Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan UEC tidak perlu menyerang kerajaan sscara membuta tuli. Kaji dan rujuk dulu manifesto PH, baru dapat penjelasan yang tepat,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto

Sekianlah artikel UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UEC tak termasuk dalam janji 100 hari PH - Pengerusi Manifesto dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/07/uec-tak-termasuk-dalam-janji-100-hari.html

Subscribe to receive free email updates: