10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR

10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR
link : 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR

Baca juga


10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR

Ini dia 10 tip untuk adik-adik Skor A dalam subjek Sains UPSR.
Tip ini dikongsi oleh seorang guru pakar Sains iaitu Cikgu Zazolnizam Zakaria.

Jom kita ikuti tip Cikgu Zazolnizam ini.

1. Calon UPSR mesti menguasai fakta (pengelasan, definisi, prinsip sains dan contoh yang relevan) berdasarkan buku teks KPM. Murid perlu mempunyai daya hafal yang tinggi untuk fakta atau memahami setiap kandungan pelajaran sukatan tahun tiga hingga tahun enam KSSR.

2. Faham arahan dan kata kunci soalan (keyword) pada setiap soalan yang diberikan. Tuliskan topik yang berkaitan pada mana-mana ruang kosong pada soalan. Selalunya jawapan soalan adalah berdasarkan topik yang diketengahkan dalam stimulus (rangsangan) mahupun stem (kata kunci) soalan.

3. Fokus menjawab soalan kertas 1; tangan kanan memegang pensel dan tangan kiri memegang pembaris bertujuan untuk menggariskan kata kunci soalan. Gunakan teknik yang efektif pada soalan kertas 1. Singkirkan jawapan yang salah sebelum mengesahkan jawapan yang tepat.

4. Soalan berkaitan topik haiwan dan tumbuhan memerlukan murid mengenal pasti dan memahami jenis haiwan dan tumbuhan yang didedahkan di dalam buku teks. Mengamati setiap spesies haiwan dan tumbuhan dengan melihat ciri-ciri dan pengelasan yang nyata. Topik ini merupakan topik yang sukar bagi taburan murid-murid di kawasan bandar.

5. Mantap dalam 12 Kemahiran Proses Sains (KPS) yang menyumbang 60% soalan kertas 2. Manakala 40% soalan kertas 2 menekankan aspek fakta. Mahirkan dalam membuat inferens dan pemerhatian yang memerlukan bandingan. Latih diri membina carta palang, melakar dan membina jadual dalam kemahiran berkomunikasi.

6. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bermula dengan pernyataan satu masalah yang perlu diselesaikan. Situasi itu perlu menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah dipelajari lalu dikaitkan dengan masalah yang diberi.

7. Mantapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan asas atau tip mendapat markah daripada guru yang berpengalaman. Elakkan memberikan jawapan secara umum. Fahami kata kunci soalan terutama untuk kertas 2 seperti cara, fungsi, kegunaan, kebaikan dan lain-lain.

8. Ambil berat penyiasatan-penyiasatan yang terkandung dalam buku teks kerana sains adalah sesuatu yang dalam dibentuk secara inkuiri. Ambillah peluang belajar dalam kumpulan untuk mengingat semula penyiasatan-penyiasatan tersebut atau dapatkan bimbingan tambahan daripada guru.

9. Cubalah menjawab soalan-soalan sebenar 2016 dan 2017 bagi membiasakan diri dengan soalan format terkini. Jika masih mempunyai waktu yang mencukupi cuba juga soalan-soalan percubaan negeri-negeri.

10. Minggu peperiksaan, elakkan membaca buku rujukan yang tebal-tebal. Terus fokus kepada nota ringkas daripada buku teks yang dibuat sendiri. Jaga kesihatan dan dapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Sumber: Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam Zakaria (SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang)

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR

Sekianlah artikel 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Tips Menjawab Soalan Sains UPSR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/10-tips-menjawab-soalan-sains-upsr.html

Subscribe to receive free email updates: