link : Bapa dakwa guru cuai, anak melecur ketika eksperimen
Bapa dakwa guru cuai, anak melecur ketika eksperimen
Imej via: Kosmo! Online |
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, badan mangsa, L. Darshant, 8, melecur sebanyak 34 peratus atau mengalami lecur kulit tahap dua dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Loganathan mendakwa, kejadian tersebut terjadi akibat kecuaian guru tersebut yang dipercayai tidak sengaja menjatuhkan cerek elektrik plastik sehingga air panas tumpah ke badan anaknya.
"Kedudukan kerusi keempat-empat murid berada berhampiran dengan cerek plastik yang bukan merupakan peralatan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu latihan amali sains dan keadaan itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak sewaktu kejadian berlaku.
"Apa yang mengecewakan saya, guru terbabit dan pihak sekolah mendakwa kejadian itu berpunca daripada dua murid terlanggar meja sehingga menyebabkan air panas tumpah. Bagaimanapun, anak saya dan rakannya memaklumkan bahawa guru tersebut menyebabkan air panas di dalam cerek itu tumpah ke atas mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! Online hari ini.
Ekoran daripada kejadian itu, Loganathan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Senam dekat sini agar pihak polis dapat menyiasat kecuaian guru dan SOP sekolah ketika latihan amali sains.
Dalam pada itu, menurut Loganathan, insiden tersebut menyebabkan anaknya berada dalam keadaan separa sedar dan pihak hospital terpaksa memasukkan tiub ke dalam kemaluannya ekoran tidak membuang air kecil.
Ujarnya, beliau ternyata kesal dengan tindakan pihak sekolah tersebut seolah-olah melepas tangan selepas insiden itu berlaku malah tidak mengambil sebarang tindakan perubatan atau sokongan moral terhadap anaknya.
"Saya bukan mahu mencari kesalahan pihak sekolah kerana kejadian sudah berlaku namun, sokongan moral amat penting berikutan kejadian itu berlaku di sekolah.
"Laporan polis yang dibuat juga bertujuan untuk menjadikan kes ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang lagi di sekolah tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mat Lazim Idris ketika dihubungi memberitahu, pihak sekolah sudah menyediakan laporan awal kejadian dan sudah diberikan kepada kementerian.
"Sekolah sudah mengambil tindakan segera mengikut SOP sedia ada dalam menangani kes ini namun, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan membuat siasatan kejadian ini untuk memastikan sama ada berlaku kecuaian dan ketidakpatuhan prosedur oleh guru terbabit dalam melaksanakan kerja amali di bilik sains.
"Laporan penuh akan dikemukakan kepada kementerian sebelum sebarang tindakan susulan dijalankan," katanya.
Sumber- K! ONLINE
loading...
Demikianlah Artikel Bapa dakwa guru cuai, anak melecur ketika eksperimen
Sekianlah artikel Bapa dakwa guru cuai, anak melecur ketika eksperimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa dakwa guru cuai, anak melecur ketika eksperimen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/bapa-dakwa-guru-cuai-anak-melecur.html