Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan

Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan
link : Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan

Baca juga


Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan

Imej via Roketkini
SITIAWAN - Kejadian empat murid tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Maha Ganesa Viddysalal di sini melecur terkena air panas bukan disebabkan kecuaian guru, sebaliknya lebih kepada kemalangan.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan Dr Abdul Aziz Bari berkata siasatan mendapati tiada sebarang pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilakukan oleh pihak sekolah ketika sesi pembelajaran di makmal.
Katanya, semasa kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, seramai 35 murid tahun dua sedang menjalani sesi amali sains bersama seorang guru sebelum tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan terkena air panas.

"Saya harapkan kita tidak menuding jari kepada pihak sekolah dan guru kerana ia tidak membantu, sebaliknya hanya menambah trauma kepada guru yang terlibat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat seorang pelajar yang melecur di bahagian kaki kanan di SJKT Maha Ganesa Viddysalal di sini hari ini.

Tiga murid lelaki yang terlibat kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh dengan seorang daripadanya melecur hampir seluruh bahagian hadapan badan termasuk kemaluan, manakala dua lagi di bahagian perut ke bawah.

Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga pelajar terbabit dan pihak sekolah tersebut untuk mengelak kejadian sama berulang.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata keadaan makmal yang serba kekurangan di setiap sekolah perlu diberi perhatian bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kecederaan kepada murid.

"Insiden ini juga memberi kesedaran kepada kita supaya perlu komited dalam memberi prasarana kepada sekolah-sekolah," katanya. - Bernama

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan

Sekianlah artikel Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes murid lecur, tiada pelanggaran SOP oleh sekolah - Exco Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/kes-murid-lecur-tiada-pelanggaran-sop.html

Subscribe to receive free email updates: