Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee

Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee
link : Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee

Baca juga


Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Individu yang menghidap kemurungan bagaikan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja dan akan menjejaskan hubungan bersama keluarga serta komuniti selain memberi kesan kepada prestasi pekerjaan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.
Sehubungan itu, jelas Lam Thye, kerajaan perlu membangunkan sebuah indeks tersendiri khusus untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat, terutamanya dalam kalangan guru dan penjawat awam.

“Langkah ini penting kerana kajian baru-baru ini menunjukkan 4.4 peratus daripada 48,258 responden atau kira-kira 2,000 guru mengalami stres tahap sederhana.

“Sudah tiba masanya untuk Malaysia mempunyai kaedah untuk mengukur kesejahteraan psikologi rakyat kerana kita perlu memastikan bahawa mereka yang menyumbang kepada pembangunan negara mempunyai minda yang positif, matang dan berkeupayaan untuk menjadi produktif, kreatif dan inovatif,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mendedahkan dapatan sebuah kajian pada tahun lalu bahawa terdapat 4.4 peratus daripada 48,258 responden yang terdiri daripada guru mengalami stres tahap sederhana tinggi.

Menurut beliau, keadaan tersebut berpunca daripada pelbagai faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas, tidak mendapat penghargaan, kekurangan kemahiran dan tidak dilatih untuk menangani stres.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee

Sekianlah artikel Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru stress, kemurungan umpama bom jangka - Lee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/guru-stress-kemurungan-umpama-bom.html

Subscribe to receive free email updates: