KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP

KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP
link : KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP

Baca juga


KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP

Gambar hiasan via bacaanpopuler
ISU guru terbeban dengan pelbagai tugas tambahan bermula sejak sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi memenuhi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 diperkenalkan sehingga mengakibatkan kelompok tersebut hilang fokus untuk mendidik dan mengajar.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock, yang menyifatkan guru diminta menyediakan laporan pentaksiran dan penilaian bagi membangunkan modal insan yang seimbang sepertimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Isu ini bukan perkara baru dalam sistem pendidikan negara sebaliknya sudah berlarutan sejak KPI diperkenalkan. Laporan dan taksiran itu meliputi pelbagai aspek berkaitan murid termasuk meneliti tahap kemampuan akademik, sukan serta kokurikulum.

“Tugasan semakin membebankan apabila guru juga perlu memeriksa dan menyediakan data berkaitan urusan pengkeranian termasuk kerja kontraktor yang mana ia menjejaskan tugas hakiki seorang guru untuk mendidik pelajarnya sehingga cemerlang dalam akademik serta sahsiah diri,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Menurut Huat Hock, tugas pengkeranian dan pentadbiran menghalang proses pengajaran secara `bersemuka’ dengan murid perseorangan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berikutan kekangan masa.

Jelas beliau, aspek pengajaran menjadi lebih berkesan dan efisien menerusi kaedah bersemuka kerana murid akan menerima penjelasan yang lebih lanjut berhubung apa jua topik yang kurang difahami.

“Dua atau tiga murid datang pada waktu rehat atau selepas sesi P&P untuk bertanya, tetapi guru-guru tidak dapat mengajar mereka kerana perlu mengisi dan mengemaskini data secara dalam talian.

“Lebih membebankan apabila data yang perlu diisi pihak guru adalah berkaitan dengan aspek pengurusan sekolah antaranya kebersihan tandas, kesihatan atau denggi, kantin, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan perancangan tiga tahun sekolah sehinggakan tahap mengambil tahap suhu makanan di kantin,” ujarnya.

Huat Hock memberitahu, tugasan berkenaan tidak sepatutnya dibebankan kepada guru sebaliknya perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti kontraktor dan pemilik kantin.

Justeru katanya, kerajaan perlu meneliti semula arahan kementerian selain mencadangkan supaya guru mempunyai pembantu yang dapat menguruskan perkara-perkara berkaitan pengkeranian.

Berdasarkan rekod, PIPP 2006-2010 dirangka berlandaskan enam teras iaitu Membina Negara Bangsa, Membangunkan Modal Insan, Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Perguruan, dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan bagi merealisasikan sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral serta bertaraf dunia.

Malah, antara aspek yang ditekankan dalam membangunkan modal insan sehingga membebankan tugas guru adalah isu keselamatan, kesihatan serta kebersihan (3K) selain mewujudkan sistem pentaksiran dan penilaian.

Ini kerana, sistem tersebut mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am dan standard prestasi kebangsaan diperkenalkan supaya ia dapat dibandingkan dengan standard negara luar.

Sumber : Utusan Malaysia

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP

Sekianlah artikel KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPI buatkan guru di M'sia terbeban - NUTP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/kpi-buatkan-guru-di-msia-terbeban-nutp.html

Subscribe to receive free email updates: