Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik

Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik
link : Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik

Baca juga


Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik

Imej via Utusan
Mata pelajaran Pendidikan Muzik perlu diangkat ke tahap yang lebih baik kerana bidang ini dapat menyumbang terhadap pertumbuhan kecerdasan kanak-kanak, kata Datuk Dr. Amin Senin.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran itu, pelbagai kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa aktiviti muzikal yang dilaksanakan secara terkawal dan bersistem mampu menyumbang ke arah pembentukan dan kemenjadian seseorang pelajar.
“Yang penting, pendidikan muzik perlu dirancang dengan ba­ik terutama aspek pemilihan lagu, jadual lagu, susunan muzik, penggubahan lagu dan disiplin semasa persembahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian penutup Kolokium Memperkasakan Pendidikan Muzik anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Shaari Osman.

Yang turut hadir, Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Untuk rekod, mata pelajaran Pendidikan Muzik diwajibkan kepada semua sekolah rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sejak 1983.

Objektif kolokium adalah untuk mendapatkan persepsi berkaitan keberkesanan pelaksanaan subjek itu, membincangkan isu-isu yang dihadapi dan mencadangkan kaedah memperkasakan Pendidikan Muzik di sekolah rendah.

Kolokium ini menjadi platform kepada pihak berkepen­tingan yang membuat dasar, pertubuhan sukarela, alumni serta guru-guru muzik sekolah rendah berbincang dan sete­rusnya menghasilkan rumusan bagi mengangkat martabat mata pelajaran tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik

Sekianlah artikel Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan ambil remeh subjek Pendidikan Muzik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/jangan-ambil-remeh-subjek-pendidikan.html

Subscribe to receive free email updates: