KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam

KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam
link : KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam

Baca juga


KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa hari ini menyenaraikan perubahan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

Menerusi satu kenyataan, Ali menyenaraikan 7 langkah yang dilaksanakan iaitu penamatan kontrak duta khas dan penasihat perdana menteri terdahulu yang merupakan lantikan politik dan pembubaran 6 agensi kerajaan bagi mengurangkan kos pentadbiran.
Selain itu, Ali berkata kerajaan PH juga membuat pengurangan agensi di bawah selian Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada 96 kepada 48 dan pelantikan ketua setiausaha di 11 kementerian.

“PH juga menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) bagi menangani isu integriti dalam kalangan penjawat awam dan pelaksanaan ujian bahasa Inggeris ke atas pegawai kanan kerajaan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Malah, turut memperkenalkan myPortfolio (Fail Meja, Manual Prosedur Kerja dan Carta Alir) bagi memantapkan tahap kecekapan tugas harian di dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ali berkata isu seperti perlakuan khianat dalam kalangan penjawat awam serta kebocoran dokumen peringkat kerajaan turut ditangani melalui tindakan tatatertib dan undang-undang bagi memastikan kelancaran pentadbiran.

“Langkah-langkah perubahan ini adalah satu proses yang berterusan. Perkhidmatan awam akan terus memainkan peranan utama sebagai pelaksana bagi memudahkan pentadbiran kerajaan semasa.

“Piagam perkhidmatan awam dan seluruh warganya hanyalah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat selain menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat melalui proses demokratik.”

Sumber: Free Malaysia Today
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam

Sekianlah artikel KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/ksn-senarai-perubahan-selepas-100-hari.html

Subscribe to receive free email updates: