link : Tidak wajar layan peminjam PTPTN seperti pencuri dana negara – Maszlee
Tidak wajar layan peminjam PTPTN seperti pencuri dana negara – Maszlee
PUTRAJAYA 19 Ogos - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sehubungan itu pihaknya mengambil inisiatif mengeluarkan 429,945 peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen dalam tempoh 30 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 8 Jun lalu.
“Menerusi pelaksanaan tersebut, para peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik tidak lagi mempunyai sebarang sekatan Jabatan Imigresen
“Kami percaya mereka yang meminjam sedikit wang untuk membiayai pengajian tidak wajar dilayan seperti penjenayah atau seperti mereka yang mencuri dana negara,” katanya dalam satu kenyataan bersempena 100 hari pentadbiran Kerajaan PH di sini hari ini.
Menurut Maszlee, mengeluarkan senarai hitam PTPTN merupakan antara 43 inisiatif yang terkandung dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya lagi, selaras 100 hari pentadbiran Kerajaan PH, beliau selaku Menteri Pendidikan komited untuk membawa penambahbaikan terhadap sistem pendidikan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerjasama semua pihak, kepimpinan saya telah berupaya untuk melaksanakan 43 inisiatif demi kepentingan masa depan pelajar di semua peringkat di negara ini.
“Pada peringkat awal 100 hari pertama ini, fokus saya ialah kepada low-hanging fruits (sesuatu perkara perlu diselesaikan tanpa usaha yang banyak) sebelum berpindah ke isu lebih besar,” katanya.
Katanya lagi, perkara itu termasuklah memberi kuasa autonomi kepada institusi pengajian tinggi (IPT), kebebasan bersuara mahasiswa dengan mewujudkan semula sudut pidato, mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian dan memperkasa sekolah kebangsaan serta pendidikan khas.
Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga mengambil langkah untuk memulakan kajian inklusif untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) termasuklah membentuk sebuah jawatankuasa khas.
Ujarnya, universiti awam (UA) digalakkan menganjurkan lebih banyak perbahasan atau dialog dengan pihak-pihak berkepentingan.
“Saya dan Kementerian Pendidikan bersikap terbuka untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak bagi menjayakan agenda dasar pendidikan negara.
“Usaha memartabatkan Bahasa Melayu akan terus dipergiatkan dengan meraikan kekuatan dan menyemai budaya masyarakat pelbagai bahasa termasuklah memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beberapa pengumuman berkaitan akan dibuat dalam waktu terdekat,” katanya.

loading...
Demikianlah Artikel Tidak wajar layan peminjam PTPTN seperti pencuri dana negara – Maszlee
Sekianlah artikel Tidak wajar layan peminjam PTPTN seperti pencuri dana negara – Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tidak wajar layan peminjam PTPTN seperti pencuri dana negara – Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/tidak-wajar-layan-peminjam-ptptn.html