‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan

‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan
link : ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan

Baca juga


‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengeluarkan semua lantikan politik Barisan Nasional di universiti untuk membawa masuk orang-orang baru dengan “idea segar”, kata timbalan menteri pendidikan hari ini.
Teo Nie Ching mempertahankan keputusan Menteri Maszlee Malik menamatkan perkhidmatan pengerusi Universiti Malaysia Sabah, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

“Sekarang zaman kerajaan Malaysia Baru. Kita nak bawa pemimpin baru dengan idea segar. Apa salahnya?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Untuk capai matlamat tersebut, kita perlu ‘remove’ lantikan politik BN terlebih dulu.”

Kerajaan hari ini disoal tentang pertemuan antara pertemuan antara Maszlee dan beberapa ketua-ketua universiti awam, dikatakan untuk mendapatkan ikrar kesetiaan kepada kerajaan baru.

Di Dewan Rakyat, bekas menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) bertanyakan sama ada Maszlee memberikan kata dua kepada ketua-ketua universiti berkenaan.

Teo mengesahkan Maszlee ada bertemu naib canselor dan timbalan tetapi dia tidak tahu butiran mesyuarat itu.

“Kita perlu faham ada ahli lembaga pengarah universiti merupakan lantikan politik. Beri amaran atau tidak saya tidak tahu sebab saya tidak terlibat dalam mesyuarat. Saya tak boleh beri komen,” katanya.

Ditanya tidakkah tindakan PH itu menyekat kebebasan universiti, Teo berkata penyingkiran itu sebenarnya langkah memberikan autonomi.

“Janji PH selepas ini ialah kita tak akan lantik ahli politik yang ada unsur politik,” katanya.

Idris turut bertanyakan mengapa Maszlee tidak berada di Dewan Rakyat untuk menjawab soalannya, di mana Teo berkata menteri mempunyai urusan lain.

Sumber: Free Malaysia Today

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Remove’ lantikan politik BN untuk bawa orang baru - Timb. Menteri Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/remove-lantikan-politik-bn-untuk-bawa.html

Subscribe to receive free email updates: