Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan

Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan
link : Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan

Baca juga


Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan tindakan akan diambil jika terdapat mana-mana penjawat awam di bawah Kementerian Pendidikan cuba mensabotaj usaha mereformasi institusi pengajian tinggi negara.

Beliau berkata pihaknya memberikan kebebasan memilih proksi politik kerana perkara itu bersifat peribadi tetapi mengingatkan agar tiada unsur jahat dalam proses kementerian mengubah “wajah baru” universiti di seluruh negara.
“Sampai hari ini kita tidak ambil apa-apa tindakan kepada mereka yang menyokong pembangkang (Barisan Nasional). Itu soal peribadi mereka, nak sokong dan minat siapa.

“Tapi jangan sesekali sabotaj usaha kami nak reformasi universiti di Malaysia yang dipimpin oleh kebanyakannya lantikan politik, bukan lantikan atas akademik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakannya menamatkan perkhidmatan pengerusi Universiti Malaysia Sabah, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Katanya, tidak semua naib canselor dan ahli lembaga pengarah universiti adalah lantikan politik, sebaliknya tujuan kementerian menghentikan dan memendekkan tempoh perkhidmatan mereka kerana ia adalah sebahagian proses reformasi pendidikan tinggi.

“Ada dalam kalangan mereka yang lantikan politik, ada juga tidak.

“Mereka ini kita akan pindahkan kepada jabatan-jabatan berkaitan untuk digunakan perkhidmatannya sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk reformasi pendidikan tinggi negara yang bebas pengaruh politik parti kerajaan terdahulu,” katanya.

Namun, katanya, rata-rata masyarakat membahaskan perkara itu dengan mengheret individu lain yang dipendekkan tempoh perkhidmatan juga datang dari kalangan lantikan politik.

“Bagi peluang muka baru dengan semangat baru dan juga semangat reformasi yang lebih baik,” jelasnya.

Sumber: Free Malaysia Today

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan cuba sabotaj reformasi pendidikan tinggi - Menteri Pendidikan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/08/jangan-cuba-sabotaj-reformasi.html

Subscribe to receive free email updates: