Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik

Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik
link : Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik

Baca juga


Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik

Imej via Harian Metro
KUALA NERUS 30 Ogos - Kementerian Pendidikan akan terus berusaha mencari jalan meringankan beban guru agar dapat memberi fokus terhadap peranan utama mereka.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ini termasuklah ke arah menyediakan pembantu guru secukupnya kelak untuk mengambil tanggungjawab sebahagian daripada tugasan mereka kini.
Katanya, adalah menjadi matlamat kementerian mewujudkan suasana kondusifi di sekolah bagi guru dan pelajar.

“Jangan merasa terbeban, proses pendidikan harus (dicorakkan) dalam suasana gembira, saling sayang menyayangi, saling hormat menghormati,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, dekat sini sewaktu melakukan lawatan mengejut pagi ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Guru Besar SK Bukit Tok Beng, Abdul Rahman Ali.

Katanya, kajian mendapati 4.4 peratus guru (daripada 48, 258 responden) menghadapi stress namun keadaan yang dilalui turut dikaitkan dengan soal kewangan dan juga tempat tinggal ( keluarga).

Kelmarin ketika menjawab soalan di Dewan Negara beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kementerian menyediakan kaunselor namun menyedari bilangannya yang kecil, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambahkannya.

Sementara itu Utusan Malaysia hari ini melaporkan hanya terdapat 326 kaunselor di bawah kementerian itu berbanding 480,000 guru di seluruh negara.

Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik

Sekianlah artikel Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru jangan stress, wujudkan suasana gembira di sekolah - Maszlee Malik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/09/guru-jangan-stress-wujudkan-suasana.html

Subscribe to receive free email updates: