link : Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir
Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah-sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian yang mempunyai nilai-nilai positif seperti digariskan dalam agama.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat murid-murid Islam yang belajar di kelas moral untuk murid-murid bukan Islam kerana mendapati pendidikan agama Islam terhad kepada ibadat tertentu dan bukannya nilai serta cara hidup Islam.
“Ini yang akan kita ubah dalam sistem pelajaran negara, insya-Allah jika kita dapat mengubah dan membesarkan generasi akan datang dengan nilai-nilai mulia, mereka akan lebih berjaya menggunakan ilmu yang disampaikan kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada perwakilan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga berhasrat melaksanakan dasar baharu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di tadika dengan menggariskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang tidak bersifat politik.
Jelas beliau, dasar baharu itu akan membolehkan kanak-kanak membesar dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti untuk manfaat pada masa hadapan.
“Dalam dasar baharu kita hendak menguasai tadika kerana di situ terdapat anak-anak kecil, lebh mudah untuk kita serapkan nilai-nilai murni berbanding mereka yang telah dewasa.
“Dalam tadika ini, kita akan tentukan pengajaran agama umpamanya tertumpu bukan politik tapi cara-cara hidup Islam dan nilai-nilai yang diterapkan dalam agama, maka mereka akan mendapat budaya yang baik sekali gus ilmu boleh digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terdapat murid-murid Islam yang belajar di kelas moral untuk murid-murid bukan Islam kerana mendapati pendidikan agama Islam terhad kepada ibadat tertentu dan bukannya nilai serta cara hidup Islam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada perwakilan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga berhasrat melaksanakan dasar baharu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di tadika dengan menggariskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang tidak bersifat politik.
Jelas beliau, dasar baharu itu akan membolehkan kanak-kanak membesar dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti untuk manfaat pada masa hadapan.
“Dalam dasar baharu kita hendak menguasai tadika kerana di situ terdapat anak-anak kecil, lebh mudah untuk kita serapkan nilai-nilai murni berbanding mereka yang telah dewasa.
“Dalam tadika ini, kita akan tentukan pengajaran agama umpamanya tertumpu bukan politik tapi cara-cara hidup Islam dan nilai-nilai yang diterapkan dalam agama, maka mereka akan mendapat budaya yang baik sekali gus ilmu boleh digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE.
loading...
Demikianlah Artikel Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir
Sekianlah artikel Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pendidikan Islam, Moral di sekolah akan dirombak, tidak bersifat politik - Tun Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/09/pendidikan-islam-moral-di-sekolah-akan.html