link : Industri perlu bantu, sokong TVET - Perdana Menteri
Industri perlu bantu, sokong TVET - Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pihak industri menyokong dan membantu meningkatkan kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) bagi memacu Malaysia menjadi negara maju dan ‘harimau dunia’.
Perdana Menteri berkata, pembabitan dan sokongan pihak industri penting untuk meningkatkan kualiti latihan dan ilmu TVET, sekali gus membantu mempersiapkan graduan untuk bersaing dalam pasaran industri domestik dan global.
Katanya, sokongan dan bantuan industri adalah sebahagian daripada program pembangunan insan yang terancang bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan berkualiti tinggi.
“Saranan saya, lebih banyak pihak industri di Malaysia bergiat aktif dalam pembangunan modal insan dan menyokong pendidikan TVET.
“Pemain industri utama juga diharap membantu untuk meningkatkan kualiti tenaga kerja dan modal insan terutama graduan dalam bidang TVET.
“Saya yakin dan percaya dengan komitmen serta iltizam tinggi pihak berkepentingan di bawah TVET dan sokongan penuh pihak industri, kita semua akan berjaya memulihkan dan membangunkan semula Malaysia menjadi negara maju dihormati lagi disegani sebagai harimau dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran bersama timbalannya, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong
Dr Mahathir turut berkata, pendidikan TVET bukan saja menyumbang kepada pembangunan negara, malah penting untuk Malaysia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Dalam aspek ini, Perdana Menteri merujuk kepada kemampuan graduan dan tenaga pengajar TVET di institusi latihan perindustrian yang mampu menghasilkan ciptaan yang belum pernah dihasilkan sebelum ini.
“Saya kagum dengan hasil kerja tangan penuntut TVET. Sudah banyak hadiah yang mereka raih. Banyak barang yang belum pernah dicipta, kini ada.
“Saya yakin mereka akan berjaya memasarkan barang ciptaan mereka. Ini sepatutnya diberi perhatian untuk memajukan negara dan menghadapi IR4.0,” katanya.
Perdana Menteri turut menggariskan tiga nilai murni yang perlu dipegang dan diamalkan rakyat untuk menjadi maju serta berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi termasuk industri iaitu rajin, amanah dan berdisiplin.
“Kalau ada tiga nilai ini, kita akan menjadi bangsa yang berjaya,” katanya.
Sementara itu, pemenang ATEPM bagi ketagori pengajar dimenangi oleh Mohd Alim Nulhakim dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah.
Ketegori pelajar dimenangi Simon Wong Tian Bing dari DRB-HICOM University of Automotive. Kedua-dua pemenang menerima piala dan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Dr Mahathir.
Sumber : Berita Harian

loading...
Demikianlah Artikel Industri perlu bantu, sokong TVET - Perdana Menteri
Sekianlah artikel Industri perlu bantu, sokong TVET - Perdana Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Industri perlu bantu, sokong TVET - Perdana Menteri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/industri-perlu-bantu-sokong-tvet.html