Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee

Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee
link : Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee

Baca juga


Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee

SIMPANG RENGGAM: Tiada pemotongan peruntukan akan dibuat terhadap Kementerian Pendidikan dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada awal November ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata dalam sektor pendidikan, Bajet 2019 akan memberi penekanan kepada usaha membaik pulih dan membaiki sekolah daif serta sekolah sedia ada.

Katanya, dalam sektor institusi pengajian tinggi pula, kementerian akan meminta lebih peruntukan untuk pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
“Bagi pendidikan (Kementerian Pendidikan), kita akan pastikan tiada pemotongan (bajet) lagi dan penekanan diberi pada memperbaiki sekolah daif serta baik pulih sekolah sedi ada.

“Universiti pula, kita minta banyak diberikan pada TVET kerana bidang kemahiran memberi pelajar kita peluang yang luas dan kerajaan juga memberi penekanan dalam TVET kerana pelajar berkemahiran memiliki peluang kerja yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran laluan baharu Bas Harapan Johor 2018 dari Simpang Renggam ke Renggam di sini, hari ini.

Dr Maszlee berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, lebih 10 peratus iaitu sebanyak 394 sekolah daif sudah dibaik pulih.

“Setakat 2018, kita boleh selesaikan 394 sekolah iaitu lebih sasaran 10 peratus boleh capai pembaikan sekolah daif sejak tampuk pemerintahan diambil alih PH.

“Tahun hadapan, kita sasar untuk capai 50 peratus lagi sekolah daif untuk dibaik pulih. Saya juga mengikuti perkembangan ini secara dekat dan saya akan pastikan pelajar dapat belajar dengan selesa dan guru dapat mengajar dengan selesa,” katanya.

Sumber : Berita Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee

Sekianlah artikel Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bajet Kementerian Pendidikan tidak akan dipotong - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/bajet-kementerian-pendidikan-tidak-akan.html

Subscribe to receive free email updates: