Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee

Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee
link : Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee

Baca juga


Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee

Imej via FB KPM
PUCHONG: Kementerian Pendidikan sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran renang di sekolah, kata Menterinya, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, cadangan tersebut disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan peningkatan kejadian lemas membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Katanya, perbincangan tersebut turut mengambil kira masalah kekurangan kemudahan kolam renang terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar.
“Kemahiran berenang ini sangat penting dalam kalangan anak-anak. Di Finland dan Australia serta beberapa negara lain, kemahiran berenang wajib diajar di sekolah.

“Di sekolah swasta juga banyak yang telah mewajibkan kelas renang dan di sekolah kerajaan, kita akan cuba adakan secara berperingkat-peringkat,” katanya kepada Bernama selepas melawat keluarga mangsa lemas Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Maszlee yang meluangkan masa selama setengah jam menziarah keluarga mangsa, turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap mereka dapat bersabar dalam menghadapi ujian tersebut.

Beliau turut menyeru orang ramai terutamanya pelajar sekolah supaya tidak bermain atau mandi di kawasan larangan seperti tasik dan lombong bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Muhammad Ilham Fahmy, 17, lemas ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, di sini pada Rabu lepas.

Mayat remaja itu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada 5.45 petang semalam dan selamat dikebumikan pada sebelah malam.

Dalam tragedi tersebut, seramai enam anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) turut maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Ilham Fahmy.

Mereka ialah empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, serta dua anggota daripada BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mereka baru sahaja memulakan operasi mengesan remaja berkenaan. – BERNAMA
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee

Sekianlah artikel Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keperluan subjek renang di sekolah dalam peringkat perbincangan - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/keperluan-subjek-renang-di-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: