Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar

Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar
link : Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar

Baca juga


Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar

Imej via The Star
Seorang remaja di Kota Belud, Sabah menyaman bekas guru bahasa Inggerisya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan semasa dia menjadi pelajarnya.

Nafirah Siman, 18, daripada SMK Taun Gasi menyaman Jainal Jamran atas kejadian didakwa berlaku pada 2015 ketika dia berada di tingkatan 4.

Saman itu difailkan oleh tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober.
Dia turut menamakan guru besar sekolah Suid Hanapi, SMK Taun Gusidan pegawai pendidikan daerah kota Belud, ketua pengarah Jabatan pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Semakan dengan daftar mahkamah menunjukkan kes itu ditetapkan untuk sebutan kes pada 19 November depan.

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015 kecuali pada satu minggu ketika pegawai kementerian melawat sekolah.

Katanya, walaupun beberapa aduan dibuat, tindakan tidak diambil.

Nafirah juga mendakwa guru besar terlibat menutup kes dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan.

Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa defendan-defendan telah melanggar tugas statutori bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan.

Remaja perempuan itu juga menuntut pengisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan.

Remaja perempuan itu menuntut ganti rugi dan kos.

Sumber: Malaysiakini

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar

Sekianlah artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Murid saman guru Bahasa Inggeris kerana tidak masuk mengajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/murid-saman-guru-bahasa-inggeris-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: