link : Semakan gaji, elaun penjawat awam akan dibuat secara berhati-hati
Semakan gaji, elaun penjawat awam akan dibuat secara berhati-hati
Imej via Google Image |
Katanya, berdasarkan data Jabatan Akauntan Negara sehingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitkan pegawai kerajaan yang termasuk dalam kumpulan pegawai gred 44 dan ke bawah.
“Bagaimanapun, jika mengambil kira imbuhan tetap dan elaun bulanan yang diperuntukkan kepada kumpulan terbabit, jumlah itu menurun kepada 742,561 orang atau 65 peratus.
“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa membuat kajian semakan elaun dan gaji penjawat awam berdasarkan prinsip ditentukan dalam perkhidmatan awam,” katanya.
Vui Keong berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR-Nibong Tebal) yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu.
Sementara itu, Vui Keong berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam membuat kajian dan semakan gaji, elaun dan imbuhan penjawat awam dengan mengambil kira implikasi perbelanjaan mengurus serta kedudukan kewangan negara.
Katanya, struktur gaji Perkhidmatan Awam yang digunakan pada masa ini berpandukan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).
“Penetapan struktur gaji minimum-maksimum bagi anggota sektor awam berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.
“Gaji yang ditentukan adalah berdasarkan prinsip kadar upahan untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, relativiti dan pariti,” katanya.
Sumber: Berita Harian
loading...
Demikianlah Artikel Semakan gaji, elaun penjawat awam akan dibuat secara berhati-hati
Sekianlah artikel Semakan gaji, elaun penjawat awam akan dibuat secara berhati-hati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semakan gaji, elaun penjawat awam akan dibuat secara berhati-hati dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/semakan-gaji-elaun-penjawat-awam-akan.html