Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda

Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda
link : Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda

Baca juga


Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, khususnya kumpulan berpendapatan rendah.

Ini kerana 70 peratus daripada kumpulan berpendapatan rendah masih belum mampu memiliki rumah sendiri.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kelompok berkenaan sukar membuat simpanan bagi tujuan memiliki kediaman berikutan peningkatan harga barangan keperluan asas yang tidak sejajar dengan gaji.
Beliau berkata dengan gaji kurang daripada RM5,000 mereka hanya mampu memiliki rumah berharga bawah RM150,000.

Bagaimanapun, katanya rumah pada harga berkenaan sukar dimiliki di kawasan bandar.

“Kerajaan perlu semak semula gaji kerana kos sara hidup yang tinggi termasuk harga barangan makanan dan minuman meningkat, menyukarkan lagi kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai pasangan tidak bekerja.

“Kenaikan kos sara hidup melangkaui peningkatan gaji tahunan penjawat awam, sekali gus menyaksikan perjalanan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai kekangan kewangan.

“Kerajaan juga seharusnya memantau kenaikan harga barangan yang dilihat semakin membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Parlimen pagi tadi mengenai kira-kira 76 peratus daripada lebih 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat gaji kurang daripada RM5,000.

Azih berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 1,146,222 penjawat awam sedang berkhidmat dengan kerajaan dan daripada jumlah itu seramai 866,270 tergolong dalam kumpulan gaji bawah RM5,000.

Sehubungan itu beliau memohon pertimbangan kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bernilai bawah RM150,000 bagi membolehkan kelompok itu memiliki rumah pertama mereka.

“Ramai dalam kalangan penjawat awam ini masih menyewa dan ada yang menumpang di rumah anak-anak yang ada rumah,” katanya.

Sumber: Berita Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda

Sekianlah artikel Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semak insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) penjawat awam - Azih Muda dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/10/semak-insentif-kenaikan-gaji-tahunan.html

Subscribe to receive free email updates: