14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama
link : 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

Baca juga


14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

Imej via FB SISC Azura

14 PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT PANITIA PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA

Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA

Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.

3. PASCA NILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR

Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli.
4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR

Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH

Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN

Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN

Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN

- Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.

- Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN

Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.

13. ULBS/PBS

Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA

Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.

Semua ini dikongsikan semasa TAKLIMAT PENYELARASAN PANITIA BAHASA MELAYU WILAYAH KERAMAT TAHUN 2019 yang berlangsung pada 19 November 2018, BILIK MESYUARAT SERI KERAMAT PPWK.

Sumber: SISC+ Azura

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama

Sekianlah artikel 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 14 Agenda Penting Dalam Mesyuarat Panitia Yang Pertama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/14-agenda-penting-dalam-mesyuarat.html

Subscribe to receive free email updates: