Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan

Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan
link : Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan

Baca juga


Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan

GURU wanita bersama dua anak lelakinya berusia tujuh dan tiga tahun dilaporkan hilang dari rumah mereka di Semenyih, Kajang, sejak Isnin lalu.

Kali terakhir Norazizan Ibrahim, 31, berhubung dengan keluarganya adalah pada Ahad, menerusi Whatsapp dan kemudian gagal dihubungi sejak 11 pagi Isnin.

Adiknya, Noraziah Ibrahim, 29, berkata, abang iparnya iaitu suami kepada Norazizan turut menghilangkan diri.

Katanya, kehilangan itu mula disedari selepas dihubungi oleh guru dari sekolah kakaknya.

“Guru itu beritahu kakak saya tidak hadir mengajar dan bertanya jika dia berada bersama saya. Saya kemudian cuba menghubunginya, namun telefon bimbitnya ditutup.

“Saya cuba mencarinya di rumah, namun gagal malah kereta Perodua Myvi milik kakak juga tidak kelihatan. Bimbangkan keselamatannya saya terus buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noraziah berkata, polis memintanya terus cuba menghubungi kakaknya dan jika masih gagal selepas tiga hari, polis memintanya membuat laporan kedua.

“Selepas tiga hari, kakak saya masih gagal dikesan. Kemudian saya buat laporan polis kedua dan keluarga dimaklumkan kereta kakak dikesan di Raub selepas kereta itu disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pemandunya, seorang lelaki tidak dikenali, tidak memiliki lesen.

“Maklumat itu menambahkan kerisauan kami sekeluarga, siapakah lelaki itu? Di manakah kakak dan anak saudara saya? Justeru, keluarga memohon jika ada yang tahu di mana kakak saya boleh hubungi saya di nombor 013-363 1189,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan kehilangan seorang guru wanita bersama dua anak lelakinya selepas perkara itu tular di media sosial dan Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, yang dihubungi kemudian mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan tiga beranak itu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan siasatan masih berjalan.
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan

Sekianlah artikel Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustazah "hilang" bersama dua anak masih gagal dikesan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/ustazah-hilang-bersama-dua-anak-masih.html

Subscribe to receive free email updates: