link : Gagal pertukaran, guru wanita 'lelong' anak
Gagal pertukaran, guru wanita 'lelong' anak
SHAH ALAM - Pastinya berita gembira buat para guru yang berjauhan dari keluarga setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (PM) meluluskan sebanyak 4,525 permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019.
Bagaimanapun, perkhabaran gembira yang dimaklumkan oleh kementerian tidak sedikit pun memberi kecerian buat guru kepada enam cahaya mata ini.
Memetik Facebook Cikgu Izzat, dia terpaksa memuatnaik status seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.
Lebih memilukan, guru berkenaan terpaksa menjaga enam orang anaknya sendirian hingga memaksa dirinya menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.
Kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.
"Kalau sudah sampai nak serah anak-anak kepada sesiapapun dan sampai kemurungan, apa yang KPM boleh buat?
"Menteri? Menteri mana ada amik kisah langsung hal pertukaran guru," katanya.
Beliau juga mempersoalkan pihak berkaitan tidak peka kepada masalah para guru sehinggakan pada satu tahap telah membuat permohonan selama 13 tahun tetapi permohonan ditolak.
Sedangkan graduan baharu ditempatkan di kampung halaman namun perkara itu tidak berlaku kepada guru yang berkhidmat lebih 10 tahun.
"Wahai YAB Dr Wan Azizah Wan Ismail , tolonglah cikgu ini. Beliau dah kecewa sampai nak serah sahaja anak-anak seramai enam orang kepada sesiapa.
"Mahukah lihat anak-anak dipisahkan? Cukuplah cikgu ini terpaksa hidup bersendirian, sekarang masih lagi nak dibiarkan berpisah dengan anak-anak?," katanya.
Katanya turut memetik nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membantu guru berkenaan dan mengutamakan kebajikan para guru.
Menerusi perkongsian di Facebook, status luahan guru wanita berkenaan mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan pertukaran guru pada 2019.
Katanya, dia telah berada selama 13 tahun di Johor ditemani enam orang anaknya kerana telah bercerai.
Kini, rumahnya telah dijual dan perlu mencari rumah sewa malah menyindir pegawai KPM agar menjaga anak-anaknya, sementara proses permohonan pertukaran guru diluluskan.
Guru berkenaan juga mengakui mengalami kemurungan dan menyatakan anak-anaknya berusia dua, tiga, tujuh, lapan, sembilan dan 14 tahun.
Sekiranya ada berminat kepada anak-anaknya boleh mesejnya di Facebook.
Status itu juga tular dan mendapat lebih 2,000 perkongsian dari netizen.
Sumber asal: Sinar

loading...
Demikianlah Artikel Gagal pertukaran, guru wanita 'lelong' anak
Sekianlah artikel Gagal pertukaran, guru wanita 'lelong' anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gagal pertukaran, guru wanita 'lelong' anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/gagal-pertukaran-guru-wanita-lelong-anak.html