Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes

Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes
link : Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes

Baca juga


Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melihat dengan segera dilema seorang guru yang dilaporkan terpaksa menyerahkan enam orang anaknya kepada orang lain disebabkan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pendidikan agar menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera dan menyediakan butiran bagi tindakan susulan.
"Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap guru yang ingin bertukar sekolah.

"KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini," kata beliau kepada Sinar Harian.

Sinar Harian melaporkan seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan terpaksa menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.

Laporan itu memetik tulisan dalam Facebook yang menyebut kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan permohonan pertukaran bermula kelmarin.
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes

Sekianlah artikel Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/guru-lelong-anak-maszlee-janji-akan.html

Subscribe to receive free email updates: