Nasib guru dukalara makin terpinggir?

Nasib guru dukalara makin terpinggir? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasib guru dukalara makin terpinggir?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasib guru dukalara makin terpinggir?
link : Nasib guru dukalara makin terpinggir?

Baca juga


Nasib guru dukalara makin terpinggir?

PADA 12 November lalu, keputusan permohonan pertukaran guru diumumkan. Khabarnya daripada 23,000 guru yang memohon hanya 2,245 sahaja diluluskan. Sementara kita memahami kekangan dihadapi Kementerian Pendidikan dalam soal ini, pada masa sama kita juga menuntut sesuatu dilakukan.

Penulis membaca luahan perasaan guru-guru yang gagal dalam permohonan pertukaran mereka. Pelbagai perasaan diluahkan. Apa yang menjadi perhatian penulis ialah nasib guru-guru yang ada antara mereka sudah bertahun-tahun di kawasan pedalaman termasuklah di Sabah Sarawak.
Membaca luahan mereka, hati dibaluti kepiluan. Ini memandangkan ada antara mereka sudah lebih 5 tahun berada di kawasan seumpama itu. Ini belum lagi termasuk pendedahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat pada 15 November lalu berhubung isu ini. Sambil meminta Kementerian Pendidikan melakukan reformasi terhadap Sistem Permohonan Pertukaran Guru (EGtukar), beliau mendedahkan bagaimana ada guru yang bercerai kerana terlalu lama berpisah dengan pasangan.

Kita memahami bukan mudah untuk menimbang 23,000 permohonan tetapi sekurang-kurangnya satu mekanisme perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku terlepas pandang permohonan yang sepatutnya diberi keutamaan.

Sudah sampai masanya kementerian mengkaji mengehadkan tempoh penempatan seseorang guru di kawasan pedalaman. Salah satu kes yang penulis baca dalam laman Twitter ialah bagaimana ada guru yang sudah lebih 5 tahun ditempatkan di kawasan pedalaman Sarawak.

Sepatutnya had maksimum yang perlu ditetapkan ialah tiga tahun sahaja, kalau lebih daripada tempoh itu ditambah pula dengan keadaan berpisah jauh daripada pasangan masing-masing bagaimana kita mahu mengharapkan guru berkenaan memberi komitmen terbaik kepada pelajarnya?

Penulis sama sekali tidak meragui apatah lagi mempertikaikan komitmen setiap seorang guru di negara ini tidak kira di manapun mereka bertugas, tetapi mereka juga manusia biasa. Mereka juga ingin bersama pasangan dan bukannya terus dipisahkan bertahun-tahun atas alasan tiada guru bagi menggantikan tempat mereka.

Mungkin atas faktor inilah pada saat dan ketika, guru tersebut bertungkus lumus memberi pendidikan kepada anak bangsa, kehidupan peribadi mereka sendiri menjadi lintang pukang.

Ya! Betul ketika memohon atau memilih apa juga bidang kerjaya termasuk perguruan, mereka yang terlibat berjanji dan menyatakan kesediaan untuk ditempatkan bertugas di mana sahaja serta diberikan elaun yang banyak bagi sesetengah kawasan, tetapi janganlah kerana terikat dengan ‘perjanjian’ dan imbuhan tersebut, seseorang guru itu terpaksa bertugas bertahun-tahun di tempat yang sama.

Oleh itu daripada kementerian menumpukan kepada soal kasut dan stoking atau membuat kenyataan yang boleh dipertikaikan berhubung Program Susu 1Malaysia (PS1M), adalah lebih baik kementerian menumpukan perhatian sepenuhnya bagi mengatasi masalah guru duka lara ini.

Ini bukanlah isu remeh atau beranggapan itu sudah menjadi lumrah kehidupan bagi seorang guru sebaliknya masalah guru duka lara ini berkaitan sejauh manakah emosi guru tidak terganggu bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas.

Berdasarkan apa yang diceritakan dalam laman-laman sosial, emosi guru-guru duka lara ini amat serius sehingga ada yang ‘diserang’ kemurungan.

Dalam memastikan kementerian dapat membuat keputusan tepat berkaitan permohonan pertukaran seseorang guru, pegawai-pegawai kementerian perlu rajin dari semasa ke semasa meninjau kehidupan guru-guru dalam kategori duka lara, khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman.

Lihatlah kehidupan mereka, kajilah emosi mereka dan tengoklah apa kesannya apabila terlalu lama berada di satu-satu tempat. Janganlah membuat keputusan berdasarkan kepada hujah di atas borang permohonan semata-mata.

Oleh itu, kita menaruh harapan tinggi kepada kementerian untuk menyelesaikan masalah guru duka lara ini dengan sebaik-baiknya. Kasihanilah kelompok ini. Walaupun mereka bersedia ditempatkan di mana sahaja tetapi janganlah sampai dari bujang, kemudian berkahwin dan dikurniakan anak, si bapa tidak dapat melihatnya.

Semoga akan ada penyelesaiannya terhadap isu ini kerana memetik kata seorang cikgu, “tulang belakang dunia pendidikan adalah guru.” - Jangan sampai tulang belakang itu patah disebabkan satu masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan.

Berilah perhatian serius kepada permasalahan ini dan bukannya mengutamakan isu remeh temeh kerana kewujudan Kementerian Pendidikan adalah berkaitan pembangunan pendidikan, sama ada ia akan berjaya atau tidak, gurulah penentunya.

Sumber: Zulkiflee Bakar (Utusan)

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nasib guru dukalara makin terpinggir?

Sekianlah artikel Nasib guru dukalara makin terpinggir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasib guru dukalara makin terpinggir? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/nasib-guru-dukalara-makin-terpinggir.html

Subscribe to receive free email updates: