Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah

Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah
link : Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah

Baca juga


Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah

Imej via Sarawak Voice
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Guru besar atau pengetua sekolah perlu membuang sikap menjaga nama baik atau imej sekolah sehingga melindungi perlakuan jenayah termasuk seksual yang melibatkan warga sekolah, kata seorang penganalisis jenayah.

Datuk Akhbar Satar berkata sikap sedemikian tidak membantu mana-mana pihak malah pelaku berkecenderungan mengulangi jenayahnya jika tindakan yang diambil hanya ditukarkan sekolah.
"Guru besar atau pengetua kena amanah apabila terima laporan. Perlu jalankan tanggungjawab tanpa kompromi. Apabila terima laporan daripada pelajar atau ibu bapa, terus lapor kepada pihak polis bukannya melindungi pesalah demi nak jaga nama atau imej sekolah.

"Budaya ini beri peluang bukan pengajaran kepada pesalah. Jika dibiar atau kenakan tindakan tidak tegas seperti kaunseling sahaja, akan jadi serius selain jatuhkan nama baik warga pendidik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Akhbar mengulas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tawaran hubungan seks kepada guru sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Akhbar yang juga Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi Universiti HELP, berkata situasi itu tidak boleh dipandang remeh, malah pelajar yang menjadi mangsa juga harus berani tampil membuat laporan dan tidak menyembunyikan perkara itu.

"Pelajar perlu jaga etika pemakaian, percakapan serta perlakuan yang boleh mendorong berlakunya jenayah seksual antara pelajar dan warga pendidik," katanya memetik tiga faktor mengundang jenayah hasil penyelidikan Cohen (amp) Felson iaitu 'motivated offender, suitable victim and absence of a capable guardian' (menggalakkan pelaku, mangsa sesuai dan ketiadaan penjaga berkemampuan).

Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula berkata kes sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan warga pendidik yang sememangnya dipandang mulia oleh masyarakat sejak dahulu lagi.

Justeru, beliau mahu tindakan lebih tegas dan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku sekiranya didapati bersalah selain menggesa ibu bapa agar menjadi pendengar setia kepada anak masing-masing dan bukan sekadar memastikan hanya memberi pendidikan dan wang ringgit sahaja.

"Adalah menjadi kewajipan orang dewasa untuk lapor sekiranya menerima aduan. Warga pendidik yang ada sikap atau terima habuan seks tidak perlu ada dalam industri," katanya.

Berkongsi mengenai Akta Kanak-Kanak 2001, Noor Azimah berkata individu yang mengambil sikap 'berpeluk tubuh' daripada melaporkan sebarang kes penderaan kanak-kanak juga berdepan hukuman kerana mereka wajib melindungi golongan itu.

Mengikut Seksyen 27, 28 dan 29 Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016, tiga pihak iaitu pengamal perubatan, anggota keluarga dan pengasuh, masing-masing wajib melaporkan sebarang kes penderaan. Sekiranya gagal, hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Kamarozaman Abd Razak menyifatkan perlakuan itu sebagai mencemari profesion guru yang selama ini sinonim dengan pepatah 'guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain'.

"Perkara seumpama ini tidak patut berlaku kerana ia secara langsung menjadi titik pencemaran keperibadian guru itu sendiri. Sedikit sebanyak menghakis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap warga pendidik," katanya.

Beliau berharap warga pendidik menjaga nama baik profesion selain merealisasikan saranan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mahu melihat sekolah sebagai tempat yang selamat dan selesa untuk pelajar dan guru. - BERNAMA

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah

Sekianlah artikel Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengetua, Guru Besar digesa buang sikap jaga nama baik sekolah, lindungi jenayah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/pengetua-guru-besar-digesa-buang-sikap.html

Subscribe to receive free email updates: