link : Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG
Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG
SHAH ALAM: Menteri Pendidikan perlu membuat kajian terperinci berhubung sesuatu perkara atau isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia membabitkan pelajar di seluruh negara.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, berkata cadangan belajar berenang misalnya, ia disifatkan satu usul kurang bijak berikutan ia membabitkan kos dan tenaga pengajar.
“Sepatutnya menteri (Dr Maszlee Malik) membuat kajian terperinci sebelum membuat sesuatu kenyataan, kerana cadangan mengajar renang adalah bagus tetapi kurang bijak.
“Beliau perlu kaji kos pelaksanaan dan ia mungkin menjadi suatu beban kepada tenaga pengajar di sekolah.
“Banyak lagi perkara yang lebih penting demi masa depan pelajar di negara ini berbanding cadangan kelas renang itu.
“Sepatutnya beliau fokus hala tuju sistem pendidikan negara yang akan dibawa, adakah ke arah teknologi terkini atau pun kita masih di takuk lama,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Mohamad Khusyairi berkata, Menteri Pendidikan harus memberikan keutamaan kepada silibus pendidikan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.
“Contohnya, Korea 50 tahun dahulu mungkin setaraf dengan Malaysia tetapi hari ini mereka lebih jauh ke hadapan dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Ini disebabkan perubahan dasar pendidikan mereka yang mengutamakan ilmu teknologi terkini diterapkan dalam sistem pendidikan mereka. Ini yang harus dicontohi oleh Menteri Pendidikan,” katanya.
Beliau berkata, Maszlee juga perlu mengkaji kelemahan sedia ada dalam sistem pendidikan negara dengan membuat penambahbaikan ke arah hala tuju negara yang lebih jelas.
“Silibus dalam mata pelajaran yang ada perlu penambahbaikan, contohnya belajar ‘coding’, ‘programming’ dan robotik.
“Kita kena hasilkan pelajar yang kreatif dan berinovasi yang boleh mencorakkan negara kita apabila mereka dewasa kelak,” katanya.
Semalam, NSTP melaporkan Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak.
Maszlee berkata, ia sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks sukan berhampiran sekolah.
Cadangan itu juga dibuat berikutan tidak semua sekolah ada kemudahan kolam renang atau berdekatan pusat kolam renang, namun hotel mempunyai prasarana kolam renang.
Sumber: Berita Harian

loading...
Demikianlah Artikel Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG
Sekianlah artikel Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perlu kajian sebelum buat kenyataan - PIBG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/perlu-kajian-sebelum-buat-kenyataan-pibg.html