link : Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel
Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel
Imej via FB Rasmi KPM |
Bahkan katanya, beliau juga tidak memaksa pihak hotel untuk mengikut cadangan tersebut tetapi lebih kepada sukarela.
"Usaha kita adalah untuk menaik taraf pendidikan yang tidak hanya tertumpu kepada akademik semata namun kepada survival hidup, kemahiran berenang.
"Malangnya, kenyataan saya hanya dipetik melalui satu pandangan bagaimana sekolah yang tak mempunyai kemudahan sekolah renang dan saya katakan bahawa kalau tiada kolam renang awam maka kita meminta supaya ada hotel lakukan CSR mereka.
"Tapi saya tak paksa mereka, dan mereka perlu tampil secara sukarela," katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini.
Wakil rakyat itu berkata sepatutnya media melaporkan program yang dilancarkan Kementerian Pendidikan semalam dengan jelas.
“Semalam saya telah lancarkan manual kokurikulum berkaitan ‘life saving skill’ dimana sebahagiannya adalah panduan keselamatan dalam air yang berkaitan dengan renang.
“Ia bukan saja berkaitan dengan berenang, tapi juga bagaimana untuk kemahiran survival diri, mana yang selamat dan bahaya.”
Katanya, pelaksanaan subjek tambahan kokurikulum ini adalah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan yang mahu pelajar bukan saja cemerlang dari segi akademiknya namun mempunyai kemahiran kendiri sangat tinggi.
“Buat pertama kali dalam sejarah negara kita ada satu manual (panduan) untuk survivial diri yang diusahakan bersama Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan.
“Jadi, saya minta tolong paparkan keistemewaan Malaysia dan kelebihan apa yang kita ada.
“Daripada menjadikan saya bahan lawak saya rayu wartawan bersikap profesional bersama dengan kami untuk didik rakyat.”
Mengulas lanjut mengenai subjek baharu itu, beliau menjangkakan pelajar dapat diperlengkapkan dengan kemahiran kendiri yang tinggi menjelang tahun 2020.
“Ini yang kita sasarkan sama seperti negara maju lain sebagai contoh negeri Singapura memang pelajaran itu dah ada, di United Kingdom.
“Di sekolah swasta sini pun sudah ada jadi inilah langkah pertama kita dalam 2020 kita sasarkan mereka sekurangnya sudah ada kemahiran tersebut.”
Beliau berkata cadangan itu tidak bermaksud yang pihaknya cuba mengabaikan aspek keselamatan pelajar.
“Bila kata buka kolam renang kepada pelajar bukan maksud mereka main air begitu saja. Dalam manual itu semua lengkap, panduan bukan saja kemahiran menyelematkan diri, tahu bahaya atau tidak ia sebenarnya sebahagian daripada pendidikan sivik,” katanya.
Tambah Maszlee, bagi mana- mana pihak baik hotel atau NGO yang berminat untuk menyertai usaha Kementerian Pendidikan boleh berhubung dengan pejabat kementerian terdekat.
“Manual (Life Saving Skill) itu kita juga sedang mempertimbangkan untuk memuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan.”
Sumber: Astro Awani
loading...
Demikianlah Artikel Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel
Sekianlah artikel Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maszlee perjelas salah faham guna kolam renang hotel dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/maszlee-perjelas-salah-faham-guna-kolam.html