"Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal

"Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal
link : "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal

Baca juga


"Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Dakwaan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) gagal memandangkan tiada bekalan susu dihantar ke sekolah seluruh negara pada tahun lalu dianggap tuduhan liar dan tidak berasas.

Siasatan Mingguan Malaysia mendapati lima syarikat yang dilantik bagi tujuan pembekalan susu PS1M telah menghantar kesemua minuman bantuan berkenaan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat bermula Ogos hingga Oktober tahun lalu.
Menurut sumber yang terlibat secara langsung dengan program itu, tidak timbul isu bahawa susu tersebut hilang mahupun program tersebut gagal memandangkan kesemua proses pembekalan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

“Kesemua proses ini membabitkan dokumen lengkap daripada surat setuju terima (SST) kerja pembekalan sehingga ke surat akuan penerimaan (SAP) termasuk invois tuntutan pembayaran.

“Agak pelik bila menteri keluar kenyataan sedemikian, ia ibarat bukan sahaja menuduh wujud penyelewengan oleh kerajaan terdahulu malah se­perti mendakwa pihak sekolah, guru dan jabatan pendidikan termasuk pembekal terlibat dalam soal susu yang hilang ini.

“Kalau macam itu, lebih 7,000 penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut di hantar ke sekolah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan Maszlee mendakwa PS1M 2017 gagal dan bekalan susu hilang selama setahun selain memaklumkan bekas Menteri Pendidikan ‘tidak tahu’ tentang pengagihan susu berkenaan.

Jelas sumber, setiap sekolah terlibat dengan program ber­kenaan turut diberikan buku log bagi tujuan merekod penerimaan bantuan minuman bantuan itu dari semasa ke semasa.

“Pembekal telah menghantar kesemua susu dan sekolah telah menerimanya, di mana PS1M untuk tahun lalu tamat pada 1 Disember 2017.

“Bahkan, pada penghujung Disember tahun lalu, satu perjumpaan di Kota Kinabalu, Sabah antara pihak Kementerian Pendidikan dengan syarikat pembekal dilakukan bagi membincangkan rumusan kejayaan PS1M 2017 dan perancangan PS1M 2018.

“Namun, program itu tidak diteruskan untuk tahun ini selepas peralihan kuasa kerajaan selepas pilihan raya umum lalu.PS1M 2018 sudah dibincangkan tetapi tiada kontrak dikeluarkan, maka untuk tahun ini memang tiada susu dibekalkan tetapi tahun lepas semua telah selesai,” ujarnya.

Sehubungan itu, sumber turut menegaskan supaya Maszlee mencari maklumat dan menyelidik terlebih dahulu berhubung perkara tersebut sebelum membuat kenyataan melulu demi meraih sokongan politik murahan.

Sumber: Utusan
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal

Sekianlah artikel "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Susu tak hilang, kami hantar semua ke sekolah" - Pembekal dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/susu-tak-hilang-kami-hantar-semua-ke.html

Subscribe to receive free email updates: