Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018

Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018
link : Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018

Baca juga


Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018

KUALA LUMPUR 17 Nov. –Kegagalan Kementerian Kewa­ngan mengeluarkan waran bagi membolehkan tender pemerolehan susu kotak di­buka menjadi penyebab utama me­ngapa Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak dapat dilaksanakan tahun ini.

Bekas Menteri Pen­didikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau difahamkan waran ber­kenaan tidak dikeluarkan Kementerian Kewangan sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diumumkan iaitu pada 9 Mei lalu.
usteru, tegas beliau, tidak timbul persoalan wang bagi peruntukan PS1M telah hilang atau diseleweng kerana hakikatnya wang tersebut masih berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

“Kontrak pembe­kalan susu dibuat setahun se­kali, untuk 2018, Kementerian Pendidikan memohon Kementerian Kewangan mengeluarkan peruntukan bagi membolehkan PS1M dijalankan. Masalah timbul apabila waran gagal dikeluarkan dan tanpa waran, pegawai tidak berani membuka tender disebabkan tiada peruntukan.

“Persoalan tentang di mana peruntukan tersebut berada perlu ditanya kepada Ketua Pengarah Pelajaran atau Ke­tua Setiausaha Kementerian Pendi­dikan dan bukan saya kerana saya tidak lagi berada dalam kerajaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Mahdzir berkata, sepanjang 2016 hingga 2017 beliau difahamkan PS1M berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara berbangkit.

Katanya, pada dua tahun tersebut PS1M yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diagih-agihkan kepada enam zon iaitu utara, barat, timur dan selatan selain Sabah dan Sarawak.

“Sistem pemerolehan susu pada 2016 dan 2017 masih lagi sama iaitu mengikut tender terbuka yang diperbaharui setiap tahun,” katanya.

Sumber: Utusan
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018

Sekianlah artikel Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal keluar waran punca PS1M tidak dapat dilaksana untuk 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/gagal-keluar-waran-punca-ps1m-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: